TerasMalaysia

Kakak dedah adik kena buli sehingga telinga kiri pekak ketika menjalani latihan di TUDM

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kakak dedah adik kena buli sehingga telinga kiri pekak ketika menjalani latihan di TUDM

Seorang wanita tampil meluahkan perasaan dan menuntut keadilan berhubung keadaan adik lelakinya yang didakwa menjadi mangsa buli di Pangkalan Udara TUDM Kuantan, Pahang, pada Isnin.

Difahamkan, beberapa orang senior atasan melakukan tindakan ragging melampau termasuklah sehingga telinga kirinya pekak sewaktu hari kejadian.

Wanita berkenaan berkongsi luahan tersebut melalui akaun Twitter @ummiiiiinmo dan turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adik lelakinya itu ketika menjalani latihan.

Memang benar kursus ketenteran menuntut seseorang untuk berjiwa kental, namun penderaan yang dibuat itu memberikan impak emosi sampaikan pelatih tersebut berada dalam ketakutan. Paling tak masuk akal, si pelaku membuat semua kekerasan itu kononnya dengan motif mendidik rasa hormat kepada orang atasan.

Patutlah mereka berani bertindak sebegitu, rupanya salah seorang daripada pelaku mempunyai pertalian dengan satu cable besar. Gadis ini berkata pihaknya sudah pun melaporkan hal tersebut kepada pegawai dalaman namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam dan bersimpati dengan situasi yang terpaksa dihadapi adik wanita berkenaan.

Sumber

Baca : Lelaki hilang sabar selepas ditegur oleh remaja sebab merokok di premis makanan

Leave a Comment