TerasMalaysia

Kakak ketepikan kebahagiaan diri demi keluarga, tak sangka ini yang adik-beradik dia lakukan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kakak ketepikan kebahagiaan diri demi keluarga, tak sangka ini yang adik-beradik dia lakukan. MEMEGANG ‘title’ anak sulung, bukan calang-calang tanggungjawab yang perlu dipikul di bahu.

Kebanyakan masa anak pertama biasanya banyak dikorbankan untuk famili, lebih-lebih lagi apabila terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga jika orang tua meninggal dunia pada usia muda.

Boleh dikatakan majoriti anak sulung terpaksa berkorban demi memastikan kebajikan adik-adik di bawah jagaannya terjaga.

Malah ada juga yang tidak kisah mengenepikan keutamaan sendiri asalkan dapat melihat adik-adiknya berjaya dan bahagia.

Begitu juga dengan wanita ini yang membuat luahan mengenai kisah keluarganya.

Kakak ketepikan kebahagiaan diri demi keluarga, tak sangka ini yang adik-beradik dia lakukan

Namun apa yang menyedihkan, pengorbanannya selama ini sama sekali tidak dihargai oleh ibu dan adik-adiknya.

“Selepas ayah meninggal, saya yang jadi ketua keluarga. Duit gaji semua habis untuk barang keperluan rumah, bayar bil api, air, internet, Astro, insurans mak dan yuran belajar adik-adik.

Wanita tersebut sedih dan kecewa dengan sikap ibu dan adik-adiknya yang tidak menghargai pengorbanannya selama ini. Gambar hiasan

“Alhamdulillah, gaji saya mampu beli tiga buah kereta selama bekerja hampir 10 tahun. Dua buah kereta dah bagi kepada adik-adik sebab dah habis bayar.

“Tapi yang saya sedih, mak dan adik-adik tak nampak pengorbanan saya. Even masa birthday pun tak pernah celebrate.

“Saya tak harap pun diaorang untuk celebrate, at least they can wish dan doakan yang terbaik. Itu sahaja yang saya mahu,” luah wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut berkata tindakan ibunya yang melebihkan adik-adik benar-benar membuatkan hatinya terguris, seolah-olah dirinya langsung tidak wujud dalam keluarga mereka.

“Mak boleh pula celebrate birthday adik dan adik ipar yang lain. Siap hadiah dan kek. Kamu tak tahu apa yang saya rasakan. Ini sangat tak adil.

“Selepas semua yang saya korbankan bertahun-tahun, tiada siapa yang nampak,” luahnya sedih.

Luahan yang dicoret wanita berkenaan.

Tambah wanita berkenaan, dia sanggup mengenepikan kepentingan peribadi termasuk mencari pasangan hidup, demi mendahulukan kebajikan dan masa depan adik-adik.

“Adik-adik saya semua dah berkahwin dan berkeluarga. Saya dah umur 35 tahun dan single… selalu diperli sebagai andartu oleh keluarga. Mereka tak tahu saya korbankan waktu bujang bertahun-tahun kerja cari duit untuk kesenangan keluarga.

“Sampai tak ada masa untuk bercinta. Kesimpulannya, saya single, no partner, no friends… ada keluarga tapi tak supportive. Saya benar-benar sendiri,” akhirinya.

Luahan yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetmy itu sehingga kini meraih 903 ulang kicau.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati seakan-akan dapat menyelami kesedihan yang dialami wanita berkenaan.

“I feel you sis. Bila kita menjadi ‘malaikat’ dalam keluarga dan mereka tak hargai memang sedih. Tapi percayalah, kita ikhlaskan saja nescaya Tuhan akan berikan ganjaran yang lebih baik dunia dan akhirat.

BACA:

Wanita buang kaki bayi dalam jamban lepas beranak sendiri dekat tandas hospital

Jemaah wanita dihalang solat di ruang utama masjid sebab membawa anak

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, ini lah yang terjadi kepada lelaki ini saat menemui ajal

Leave a Comment