Kakak tiba-tiba rebah masa majlis kahwin tengah langsung, adik jadi penyelamat masa tengah huru-hara
Seorang wanita terpaksa menjadi pengantin ganti selepas kakaknya dilaporkan meninggal secara tiba-tiba akibat serangan jantung.
Kejadian berlaku di daerah Uttar Pradesh selepas Surabhi, pengantin wanita yang sepatutnya berkahwin bersama Manjesh Kumar, pengsan dalam satu upacara keagamaan sebelum mereka disahkan bersatu sebagai suami dan isteri.

Ambulans dikejarkan ke tempat kejadian namun mengesahkan mangsa meninggal ditempat kejadian akibat daripada serangan jantung.
Ekoran insiden itu, kedua keluarga pengantin lelaki dan wanita berbincang sesama mereka sama ada mahu meneruskan majlis perkahwinan atau sebaliknya. Maka, satu kata putus dicapai apabila mereka bersetuju menggantikan si adik kepada wanita itu sebagai pengganti pengantin wanita.
Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Surabhi itu tidak sedarkan diri sebelum menghembuskan nafas yang terakhir semasa upacara perkahwinan berlangsung dan mayatnya diletakkan di dalam sebuah bilik.
Bapa saudaranya yang mewakili mendiang bernama Ajab Singh berkata, dia mengakui berasa sedih akan pemergian Surabhi dan mengahwinkan suami Surabhi dengan adiknya merupakan satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat.

Abang kepada mendiang, Saurabh, menyatakan keluarganya mulai panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas adiknya rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Baca : Apakah hukum tapau lauk kenduri? Ini penjelasan dalam islam yang orang kena tahu