TerasMalaysia

”Kalau beli sebiji dah macam seketul ayam” – Lelaki terkilan harga separuh telur masin boleh dapat satu teh ais

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

”Kalau beli sebiji dah macam seketul ayam” – Lelaki terkilan harga separuh telur masin boleh dapat satu teh ais. BUKAN perkara baharu apabila harga makanan yang disifatkan ‘kurang masuk akal’ ditularkan di media sosial.

Baru-baru ini viral kisah seorang individu yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapati salah satu item dalam nasi campur yang diambil harganya dianggap tidak munasabah.

Bayangkan, dua jenis lauk bersama nasi putih sahaja sudah berharga RM11.00.

“Bertabahlah di hari Jumaat yang mulia ini,” demikian tulis individu berkenaan dalam satu status yang dimuat naik menerusi WhatsApp Story.

Menerusi gambar resit yang dimuat naik di dalam perkongsian itu, individu tersebut mengambil sepinggan nasi putih bersama separuh telur masin dan seekor ikan sambal.

”Kalau beli sebiji da macam seketul ayam” - Lelaki terkilan harga separuh telur masin boleh dapat satu teh ais

Pada resit tersebut dipaparkan nasi yang berharga RM2, telur masin separuh RM3 dan seekor ikan masak sambal dijual pada harga RM6 dengan jumlah keseluruhan RM11.

Apa yang membuatkan individu tersebut tidak berpuas hati apabila dia menganggap harga bagi separuh telur masin iaitu RM3 adalah amat tidak munasabah.

Berdasarkan maklumat yang tertera pada resit juga, difahamkan insiden tersebut berlaku di kafe sebuah hospital di ibu negara.

Bagaimanapun, individu berkenaan tidak mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku selepas itu, sama ada dia membuat aduan atau sebaliknya.

Perdebatan mengenai harga makanan individu berkenaan menjadi hangat selepas dimuat naik oleh satu akaun Twitter.

Namun ada dalam kalangan warga maya yang mencadangkan agar mana-mana individu supaya membiasakan diri bertanya harga makanan terlebih dahulu sebelum mengambilnya untuk mengelakkan insiden yang sama.

BACA:
Pemandu Grab halau 5 gadis keluar, ambil kesempatan nak murah sanggup behimpit dalam kereta
Perasan tak bila makan nenas lidah akan jadi gatal? Ini rupanya sebab boleh jadi macam tu
“Orang Malaysia tak study masa buat filem” – Dr. Zulkifli buat perbandingan filem tanah air dan Korea

Leave a Comment