“Kalau dia baca saya remind” – Individu dedah Linda Rafar tak bayar hutang sejak 2006, siap datang rumah minta. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba muncul dakwaan dari seorang individu yang menyatakan bahawa penyanyi, Linda Rafar tidak menjelaskan hutang.
Baru-baru ini tular tentang kebolehan Linda dalam membaca hati seseorang, namun tinjauan di ruangan komen Facebook (FB) sebuah portal mendapati seorang individu tampil mendakwa penyanyi tersebut masih belum melangsaikan hutang ‘goodies’ perkahwinan.
Baguslah boleh baca hati, tolong baca hati saya boleh tak? Eh tak apalah. Saya luahkan terus. Hutang ‘goodies’ kahwin bila nak bayar? Sampai sekarang ini, malas nak kejar dah.
Individu tersebut juga menyatakan bahawa dia telah berusaha untuk berjumpa dan menghubungi Linda namun tiada sebarang respon.
Dah pergi rumah asyik mengelak. Telefon tak angkat, macam mengemis tiap kali nampak hantaran pasal dia ini hati aku membuak-buak. Tak boleh nak positif dah, kalau dia baca saya ingatkan, SACC goodies semasa nikah.
Dalam pada itu, dia juga mendedahkan bahawa bekas anggota kumpulan Elite itu belum melunaskan hutang sejak tahun 2006.
Nak ambil peguam memang tak seberapa bagi dia lah rasanya. Tapi kita ini rakyat marhean berhempas pulas buat kerja sambilan, memang terasa..tahun 2006.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta individu tersebut untuk mengambil tindakan dan segera menuntut kembali wangnya.