TerasMalaysia

“Kali ini saya memang nak ambil tindakan” – Shikin Maembong diganggu lelaki misteri, siap tawar duit dan gambar tak senonoh

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Kali ini saya memang nak ambil tindakan” – Shikin Maembong diganggu lelaki misteri, siap tawar duit dan gambar tak senonoh.

Kakak kepada Emma Maembong iaitu Shikin Maembong mendedahkan dia kerap menerima gangguan individu tidak dikenali termasuk pelbagai mesej tidak senonoh.

Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail, 40, berkata, gangguan itu tetap berlaku meskipun dia sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer Cat Farish pada Julai lalu.

Tindakan menyekat akaun individu berkenaan juga seolah sia-sia apabila dia tetap diganggu sehingga tidak tahan lagi dengan perkara itu.

“Orang gila… Saya tak tahu dia siapa. Sebenarnya dah banyak kali saya kena gangguan macam itu.

“Memang ramai yang hantar gambar bukan-bukan dan saya akan block selepas itu.

"Kali ini saya memang nak ambil tindakan" - Shikin Maembong diganggu lelaki misteri, siap tawar duit dan gambar tak senonoh

“Tapi kali ini lain sikit sebab dia tawar bayaran… Saya rasa sangat melampau,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Shikin ada memuat naik tangkap layar di Instastory miliknya yang memaparkan seorang individu menawarkan RM5,000 sehingga RM8,000 untuk membuat panggilan video.

Kata Shikin, dia juga menerima mesej dan foto ketika sedang sibuk berniaga di Havoc Street Food Festival yang sedang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

Tindakan segera Cat menghubungi nombor berkenaan bagaimanapun dibiar tidak berjawab.

“Saya tak buka gambar dia hantar. Bila tunjuk dekat Cat dia ada cuba telefon lelaki itu tapi tidak diangkat.

“Memang setiap kali kejadian ini berlaku saya akan tunjuk pada dia (suami),” jelasnya.

Enggan perkara sama berulang, Shikin memaklumkan dia dan suami sepakat mahu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun tersebut.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana tidak pernah menerima gangguan seperti itu secara berdepan atau di khalayak ramai.

“Kali ini saya memang nak ambil tindakan. Sebab saya nampak dia ada pengikut. Saya pun dah siap-siap simpan semua bukti mengenai akuan tersebut.

“Tindakan ini pun saya ambil untuk keselamatan saya juga. Saya harap tindakan ini juga beri pengajaran pada orang lain agar tidak ganggu saya,” katanya lagi.

BACA:
Kelas yoga jadi huru-hara diserbu polis, penduduk nampak ramai berbaring disangka pembunuhan beramai-ramai
Peserta RXZ members redah divider lebuh raya, gara-gara takut ditahan pihak berkuasa masa sekatan
Lelaki berseluar pendek dan tidak berbaju tular, selamatkan PS5 ketika gempa bumi melanda Maghribi

Leave a Comment