Kanak-kanak boleh bermain dalam masjid lepas solat tarawih

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kanak-kanak boleh bermain dalam masjid lepas solat tarawih

Sebuah masjid di Turkiye menjadi perhatian ramai kerana membenarkan kanak-kanak bermain bebas selama setengah jam selepas selesai solat tarawih.

Perkongsian kanak-kanak dibenarkan bermain di masjid Turkiye itu telah dimuat naik oleh seorang lelaki, Mohamed Kamal di Facebook baru-baru ini.

Dalam hantaran itu juga, difahamkan, ruang khas untuk kanak-kanak itu membenarkan anak-anak jemaah bermain apa sahaja yang mereka mahu selama 30 minit selepas solat tarawih.

“Jauh dari keindahan dan kebersihan masjid. Di masjid Turki, kanak-kanak dibenarkan bermain setengah jam selepas solat tarawih.

“Bahagian yang bebas sepenuhnya di mana boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu di dalam masjid tanpa membahayakan atau menceroboh.

“Ia boleh menimbulkan perasaan bahawa masjid ini adalah (milik) dan (seperti rumah) mereka serta mewujudkan rasa cinta mereka kepada masjid,” katanya.

Difahamkan juga, pihak masjid menyediakan seksyen bebas untuk kanak-kanak bermain di masjid.

Ia bertujuan untuk kanak-kanak menganggap masjid seperti rumah mereka di samping mahu menggalakkan kanak-kanak rasa sayang dan suka datang ke rumah Allah.

Memandangkan mereka bermain selepas solat tarawih selesai, jadi tiada isu mengganggu jemaah yang sedang solat.

Sumber

Baca : Kecoh satu tokong duit RM20 ribu turun dari langit sempena hari lahir sami

Leave a Comment