Kanak Kanak Dianiaya Oleh Ibu Bapa Hingga Menyebabkan Kecederaan

Kanak-Kanak Dianiaya Oleh Ibu Bapa Hingga Menyebabkan Kecederaan

Mahkamah Sesyen hari ini mendakwa sepasang suami isteri menganiaya anak lelaki mereka yang berusia lapan tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan, minggu lalu.

Tertuduh, Abu Bakar Rahman, 32, dan penjual buah warga Indonesia, Andia Rosa, 35, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan ke atas kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun lima bulan didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Gambar sekadar hiasan

Kesalahan terhadap anak kedua daripada empat beradik itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Segambut Tengah di sini pada 23 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lynn mencadangkan Abu Bakar diberi ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

“Bagi Andia, pendakwaan tidak menawar ikat jamin kerana dia merupakan warga asing,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberikan ikat jamin pada kadar rendah.

Mahkamah membenarkan Abu Bakar diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, sementara Andia tidak dibenarkan untuk diikat jaminan.

Hael Husaini Batal Konsert Atas Sebab Faktor Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *