TerasMalaysia

Kanak-Kanak Hanya Berlampin Pakai Buang Ditemui Di Tapak Tempat Letak Kereta

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kanak-Kanak Hanya Berlampin Pakai Buang Ditemui Di Tapak Tempat Letak Kereta

Mengejutkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui hanya berlampin pakai buang berjalan seorang diri di tempat letak kereta berhampiran Gunung Jerai dalam kejadian lebih kurang jam 3.30 petang tadi.

Penolong Pegawai Rela Daerah Yan, Penguasa Rela Hamzah Zulkeffli berkata, ketika itu anggota sedang membuat rondaan di Gunung Jerai sebelum terlihat kanak-kanak yang dipercayai berusia sekitar tiga tahun itu berkeliaran seorang diri di kawasan tersebut.

“Seramai empat anggota diketuai Mohd Zaudi Mohd Hashim ketika itu sedang melakukan rondaan Ops Monsun Timur Laut dan mereka membuat tinjauan di sekitar kawasan peranginan Gunung Jerai yang merupakan kawasan risiko bencana.

“Apabila sampai di kaki Gunung Jerai ternampak seorang kanak-kanak perempuan tidak berpakaian dan hanya memakai selipar serta lampin pakai buang.

“Setelah pemeriksaan mendapati tiada waris di lokasi berkenaan, anggota membuat keputusan menghantar kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Guar Chempedak untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, kes dilaporkan selesai di mana hasil semakan terkini mendapati kanak-kanak perempuan itu telahpun diserahkan kepada waris yang menyedari kehilangannya,” katanya.

Menurutnya, difahamkan, kanak-kanak itu dipercayai keluar rumah tanpa disedari penjaganya dengan berjalan kaki sehingga ke kaki Gunung Jerai yang jaraknya sekitar kira-kira 200 meter.

Punca Kematian Kanak-Kanak Kes Dera Didedahkan

Leave a Comment