TerasMalaysia

Kanak-Kanak Maut Akibat Didera

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kanak-Kanak Maut Akibat Didera

Semalam seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas didera lima rakan kakaknya di sebuah rumah di Senggarang, Batu Pahat pada Jumaat.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan pada jam 6.45 petang, Jumaat lalu.

Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menahan lima warga tempatan, dua lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 37 tahun.

“Hasil siasatan awal, mangsa ini dijaga oleh kakak kandungnya selepas ibu bapa mereka dimasukkan ke dalam penjara akibat kesalahan dadah, namun kemudian mangsa diserahkan kepada rakan kakaknya untuk dijaga,” katanya dalam kenyataan, tengah malam tadi.

Beliau berkata, polis turut merampas barang yang disyaki digunakan untuk mendera mangsa antaranya pengecas telefon bimbit, sarung bantal, cadar, batang besi berukuran 29 inci, penyangkut baju, jaring penutup kipas dan batang besi penongkat motosikal.

Gambar Hiasan

Mangsa yang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) disahkan meninggal dunia petang semalam.

“Pada awalnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Keemua suspek iaitu kakak kandung mangsa, rakan kakaknya dan pengadu kini direman tujuh hari bermula Ahad lalu sehingga 31 Disember ini.

Anthony Loke Turun Padang ‘Settle’ Penumpang Mengamuk Sebab Flight Delay

Leave a Comment