Kanak-kanak tanggung derita lepas kena gigit anjing, badan jadi kejang jika cuba minum air

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Follow TERASMALAYSIA

Kanak-kanak tanggung derita lepas kena gigit anjing, badan jadi kejang jika cuba minum air

Terbaharu, tular satu video dimuat naik di laman TikTok menunjukkan keadaan seorang kanak-kanak enam tahun di Indonesia yang mengalami simptom gigitan anjing pembawa Rabies.

Di dalam video itu, kanak-kanak berkenaan mengalami gejala hidrofobia di mana badannya berasa sangat haus tetapi tidak boleh menerima sebarang cecair yang masuk ke dalam tubuh badan.

Bukan itu sahaja, dia juga mengalami kekejangan seperti sawan setiap kali cuba untuk minum air.

Setiap kali minum, mangsa akan memuntahkannya dan badan mereka seakan-akan terkena sawan.

Ibu bapa kanak-kanak itu juga cuba untuk menenangkan anaknya tetapi tidak berjaya apabila badannya bergerak tanpa kawalan.

Ini kerana otak mangsa dikatakan telah hancur lebur kerana telah ‘dimakan’ oleh virus Rabies yang tersebar selepas mendapat gigitan dari anjing liar.

https://www.tiktok.com/@incess.erlatih/video/7245484378195856645

Kanak-kanak berkenaan telah disahkan meninggal dunia pada 11 Jun yang lalu.

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang meluahkan rasa kasihan melihat keadaan kanak-kanak itu yang kelihatan sangat haus tetapi badannya sudah tidak boleh menerima air.

Video tersebut juga membuatkan segelintir netizen ‘lemah’ melihat keadaan kanak-kanak itu yang sudah agak lemah.

Dalam pada itu, orang ramai turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa selepas apa yang berlaku kepada anak mereka.

https://www.tiktok.com/@incess.erlatih/video/7245649364461309189

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, rabies atau penyakit anjing gila merupakan penyakit sistem saraf yang berpunca daripada jangkitan virus Lyssavirus melalui gigitan haiwan seperti anjing, monyet, kucing, kelawar, dan tupai liar.

Sumber

Baca : Wanita jelas nampak muka suami kena pancung dalam mimpi, rupanya ada maksud tersirat disebaliknya

Leave a Comment