Kancil Buat Aksi Fast Furious Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Kancil Buat Aksi “Fast & Furious” Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Baru-baru ini, tular satu rakaman video sebuah kereta kancil bergerak dalam keadaan yang pelik kerana ia sedang dipandu secara mengundur di satu persimpangan lampu isyarat Jalan Kamaruddin-Jalan Sultan Omar dekat SM (A) Khairiah, Kuala Terengganu.

Kereta tersebut kemudian bergerak mengundur lagi secara perlahan-lahan untuk memasuki ke lorong asal dan berhenti di laluan kanan sebelum memberikan lampu isyarat kecemasan.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai yang memuji kecekapan pemandu mengendalikan kenderaannya dalam situasi yang boleh dianggap mencemaskan.

Menurut orang ramai, kereta Kancil itu mungkin mengalami masalah kerosakan pada kotak gearnya. Ada juga mengatakan boleh jadi gear kereta tersebut tersangkut pada kedudukan R dan tidak boleh dialihkan ke kedudukan yang lain.

Namun, ada juga yang berpendapat perbuatan tersebut dilihat agak berbahaya buat pengguna jalan raya. Lebih mudah jika dia menggunakan perkhidmatan kereta tunda untuk membawa ke bengkel.

Sumber

Permintaan Pelik Isteri Buat Suami Buntu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *