“Kangkang kaki dan letak belon ipin di atasnya” – Wanita luah rasa kecewa, anak ikut aksi ranjang ibu bapa
Kerana pernah ternampak aksi ibu bapanya melakukan hubungan di dalam kamar tidur, seorang kanak-kanak lelaki didapati terjebak dengan perbuatan onani. Ya, mungkin ramai penjaga beranggapan anak sekecil itu belum mengerti apa-apa. Hakikatnya jika mata anak terpandang benda sebegitu, ia mampu memberikan kesan buruk kepada corak psikologi mereka.
Kejadian itu telah tular di TikTok di mana seorang ibu (identiti dirahsiakan) meluahkan masalah yang dihadapinya sekarang. Jelasnya, anak sulungnya sudah pandai beronani dari usia setahun dan rupanya perbuatan itu melarat selama bertahun-tahun.
Kini si ibu sudah pun mempunyai 2 lagi anak, lalu si abang sulung tadi melakukan perbuatan sama kepada ‘anggota bawah’ adik-adiknya pula. Bayangkan di usia yang sangat-sangat awal, seorang budak yang dulunya berminda suci kini berubah sebaliknya.
Dalam sebuah kisah lain, pengguna TikTok ini turut dedahkan masalah yang menimpa seorang sahabatnya. Merupakan seorang ibu tunggal, si ibu punyai teman lelaki yang selalu diajak untuk tidur di rumah sampai ke tahap melakukan hubungan ranjang. Si anak yang diletakkan dalam bilik sama akhirnya terikut-ikut hingga ke tahap meniduri satu belon Upin Ipin.
