TerasMalaysia

“Kantoi” – Suami Jumpa Banyak Parcel Isteri Dalam Kotak Buat Netizen Kongsi Pengalaman Yang Sama

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Kantoi” – Suami Jumpa Banyak Parcel Isteri Dalam Kotak Buat Netizen Kongsi Pengalaman Yang Sama

Hanya menggunakan jari, barang yang dipesan sudah sampai depan rumah. Itu gambaran mudah apabila berbicara tentang pembelian dalam talian yang kini semakin popular.

Bermula daripada makanan, pakaian, alat tulis, barang kelengkapan rumah, sehinggalah kepada barangan penjagaan diri, semuanya boleh dibeli semudah itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial apabila seorang wanita sorokkan parcel daripada suaminya di dalam sebuah kotak telah mengundang tawa ramai.

Menerusi perkongsian video berkenaan, kelihatan suaminya sedang melihat kotak yang disangkakan sebuah kerusi mini.

Akan tetapi, disebabkan kotak itu nampak mencurigakan. Si suami terus membuka dan rupa-rupanya itu bukanlah kerusi tetapi kotak yang berisi parcel.

Difahamkan, dia membeli kotak tersebut untuk sorokkan parcel daripada diketahui oleh suaminya. Namun, dia masih terkantoi juga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami isteri itu. Malah, ada yang berkongsi pengalaman sama ketika sorokkan parcel daripada suami.

Sumber

Baca : Warga Asing Pakai Baju ‘Pandu Puteri’ Bikin Dekah

Leave a Comment