TerasMalaysia

Kantoi terlanjur dengan janda anak satu, suami sms isteri cerai talak 3 lepas setahun sekat whatsapp

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kantoi terlanjur dengan janda anak satu, suami sms isteri cerai talak 3 lepas setahun sekat whatsapp

Seorang wanita berdepan ujian apabila suaminya tergamak menghantar mesej menceraikannya dengan talak tiga semata-mata mahu berkahwin dengan skandalnya yang juga seorang janda.

Lebih menyedihkan apabila suaminya yang sudah terlanjur dengan teman wanitanya menghantar mesej menceraikannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berikutan lelaki itu telah menyekat isterinya di WhatsApp hampir setahun.

Itu kisah diceritakan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali pada Facebook Bersama Suzana Ghazali mengenai aduan diterimanya daripada seorang wanita yang menghubunginya melalui telefon.

“Dia diceraikan talak tiga menggunakan SMS, suami dah ‘block’ WhatsApp hampir setahun bila dia tidak bersetuju dengan permohonan suami untuk bercerai.

“Suami mohon untuk bercerai kerana mempunyai teman wanita lain, nak berkahwin sebab dah terlanjur dan teman wanitanya seorang janda muda ada anak kecil umur setahun.

“Wanita tersebut tak nak kongsi suami sebab bercerai sebelum ini pun bila suami ada wanita lain,” katanya pada hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Suzana berpesan supaya wanita itu bersyukur kerana diceraikan daripada dibiarkan hidup merana.

“Sah dan nyata bekas suami dan bakal isterinya itu sekufu, sama-sama berzina. Janji Allah dalam al-Quran, wanita baik untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya.

“Jangan patah semangat. Di dalam surah a-Talaq, Allah SWT berfirman yang bermaksud, barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan dia daripada masalah hidup. Dan diberikannya rezeki daripada sumber yang tidak diduga (ayat 2-3),” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat Suzana mengenai kejadian yang menimpa wanita itu.

Mereka juga mendoakan agar wanita itu mendapat pengganti yang lebih baik serta menghargai dirinya seadanya.

“Selamatkan janda tetapi dalam masa sama menjandakan isteri sendiri.

“Bercerai bukan bermakna hidup kita berakhir tetapi bangkitlah untuk ketenangan hati.

“Hidup lebih bahagia apabila buang jantan k*t, biar dia hidup dengan pasangan zina.

“Allah nak bagi yang lebih baik… elok cerai daripada hidup dengan penzina,” ujar beberapa warga maya.

Sumber

Baca : Individu dedah perbualan whatsapp, Ebit Lew punca penganjur rugi RM35,000 gara-gara tak bagitahu tunai haji

Leave a Comment