Kapal Terbang Lambat Kanak Kanak Ini Jelaskan Kenapa Dia Bagi Jawapan Macam Tu Masa Peperiksaan

“Kapal Terbang Lambat” – Kanak-Kanak Ini Jelaskan Kenapa Dia Bagi Jawapan Macam Tu Masa Peperiksaan

Ada jenis kenderaan yang boleh menjimatkan masa perjalanan kita semasa travel ke negara yang lebih jauh. Buat masa kini, kenderaan yang paling cepat adalah kapal terbang.

Namun, lain pula apabila viral video seorang kanak-kanak perempuan yang menjawab kapal terbang lambat masa peperiksaan ini telah mencuri tumpuan.

@imannurrezkiiiiiiiiiiiii

It’s the trauma for me 🤣 That was her first “delayed” flight from Kuching to Penang for our family gathering in Taiping. Hence, the reason why she said “belon” is a slow machine. #fypシ゚viral #bahasasarawak #airasia #tiktoksarawak #kuchingtiktok

♬ original sound – imnnrrzki – imnnrrzki

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan menunjukkan kertas peperiksaan kepada ibunya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibunya mendapati dia hanya salah satu soalan untuk mendapatkan markah 100%.

Lebih melucukan lagi, kesalahannya adalah dengan menjawab kenderaan kapal terbang itu lambat.

Apabila disoal, alasan yang diberikan adalah sebab dia mengalami flight delayed semasa penerbangan dari Kuching ke Taiping. Sebab itu, dia merasakan dengan menaiki kapal terbang itu lambat.

Video tersebut telah meraih banyak tontonan di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing dan mereka terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu.

Sumber

Baca : Lelaki Ini Dedahkan Macam Mana Cara Minyak Dagu Dihasilkan Buat Netizen Terkejut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *