Kasih Seorang Abang, Berazam Sekolahkan Adik Walaupun Gaji ‘Cukup Makan’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kasih Seorang Abang, Berazam Sekolahkan Adik Walaupun Gaji ‘Cukup Makan’

Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun pada usia masih muda seorang abang memikul tanggungjawab menyekolahkan adik-adiknya demi masa depan mereka walaupun hakikatnya gaji yang diperoleh sebagai pembantu kedai makan sebanyak RM70 sehari hanya cukup untuk menampung kehidupan harian mereka.

Zaid Amran, 21, berkata, dia nekad berbuat demikian ke­rana tidak mahu dua adiknya, Nurhayati Husna, 18, dan Muhamad Zaidi, 16, ketinggalan dalam pelajaran yang boleh menyebabkan masa depan mereka gelap.

“Sejak bapa (Amran Ripin) meninggal dunia akibat sera­ngan jantung pada November tahun lalu, tugas selaku ketua keluarga kini dipikul oleh saya sepenuh­nya sebagai anak sulung. Lagipun ibu (Esah Abdul Ghani) sudah meninggal dunia lapan tahun lalu akibat penyakit paru-paru berair dan buah pinggang.

“Selagi masih bernyawa, saya akan terus menjaga adik-adik walaupun dalam serba kekurangan, asalkan mereka berdua dapat bersekolah,” katanya semasa menerima kunjungan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar, Wan Azizi Wan Ab. Ghani di Kampung Tembusu Limbat semalam.

WAN Azizi Wan Ab. Ghani menyampaikan sumbangan kepada Zaid Amran semasa melawat keluarga berkenaan di Kampung Tembusu Limbat, Kota Bharu, Kelantan.

Zaid mendedahkan, ibu saudara pernah meminta kebenaran untuk menjaga dua adiknya itu.

Bagaimanapun katanya, dia berat hati untuk berbuat demikian kerana tidak mahu berpisah dengan adik-adiknya.

“Ketika ini saya dalam pro­ses memohon untuk mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung per­belanjaan persekolahan adik.

“Besar harapan saya agar permohonan itu diluluskan supaya masa depan adik akan le­bih cerah selepas ini,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun 0310129000120426 Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Zaid Amran.

Gadis Maut, Kereta Remuk Akibat Bertembung Lori

Leave a Comment