Kasih Seorang Bapa Si Ayah Sanggup Ride Motorsikal Sebelah Tangan Sepanjang 40KM Demi Senyuman Anak Anaknya Buat Netizen Terharu

“Kasih Seorang Bapa” – Si Ayah Sanggup Ride Motorsikal Sebelah Tangan Sepanjang 40KM Demi Senyuman Anak-Anaknya Buat Netizen Terharu

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah jarang diperkata, namun nilainya tetap tiada tandingannya. Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa ayah siapalah kita didunia ini. Tanpa ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah adalah sesosok badan yang sanggup berjuang mencari rezeki untuk keluarga dan untuk membesarkan anak-anak. 

Baru-baru ini, tular di  di TikTok berkenaan gelagat kanak-kanak yang teruja selepas melihat bapa mereka membawa pulang mainan telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @nurulainjidan di TikToknya, dilihat gelagat comel kanak-kanak yang gembira selepas menerima mainan daripada bapanya.

@nurulainjidan

Jasa & pengorbananmu tidak terhitung… Terima kasih untuk segalanya ❤️❤️❤️

♬ Tak Kan Hilang by Budi Doremi – Kopi Rona

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah bapanya itu sanggup membawa motosikal sejauh 40 kilometer demi memberikan kejutan kepada anak-anaknya.

Malah, dia hanya membawa motosikal dengan menggunakan sebelah tangan sahaja kerana tangan yang lain sibuk memegang mainan.

Susulan video tersebut, rata-rata netizen turut terharu dengan pengorbanan si bapa itu.

Sumber

Baca : Aksi Si Abang Tiru Gaya Ibu Masa Dodoikan Adik Mencuit Hati Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *