“Ke Tepi Jenazah Nak Lalu” – Van KKM Disalah Anggap Van Jenazah Oleh Budak Sekolah Buat Ramai Terhibur
Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.
Jururawat dan pegawai pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut. Pasti kita pun masih ingat kan masa itu? Terutama sekali ketika buat pemeriksaan gigi. Macam-macam kerenah pelajar ada.
Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuatnaikkan oleh @aziey.razak memaparkan apabila seorang budak sekolah dengan selamba memanggil van KKM sebagai van jenazah telah mengundang ketawa ramai.
Menerusi video tersebut kelihatan beberapa orang staf dari KKM sedang berada di dalam van dan menuju masuk ke dalam sebuah sekolah.
Tetapi, apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila tiba-tiba seorang budak menjerit dengan mengatakan “Ketepi, jenazah nak lalu”.
Situasi itu membuatkan staf yang berada di dalam kenderaan terbabit terkejut dan tergelak dengan ungkapan budak berkenaan.
Video tersebut telah meraih banyak tontonan dan rata-rata netizen terhibur dengan kejadian tersebut.
Baca : Murid Ini Bagi ‘Hadiah’ Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Cikgunya Raih Perhatian Netizen