TerasMalaysia

Kebanyakan yang masuk kedai beli vape adalah budak dari umur belasan tahun, sangat membimbangkan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kebanyakan yang masuk kedai beli vape adalah budak dari umur belasan tahun, sangat membimbangkan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ramai anak muda termasuk golongan remaja dan pelajar sekolah kini bebas membeli cecair berasaskan nikotin untuk gajet vape mereka.

Pegawai Pendidikannya, N. V. Subbarow berkata, hasil tinjauan pihaknya sejak dua hari lalu mendapati, sebahagian daripada pelanggan kelihatan sangat muda malah ada yang mengaku baharu berusia 14 tahun.

“Hasil sumber maklumat yang diperoleh, kebanyakan pelanggan memberitahu CAP sebelum ini mereka sangat takut untuk masuk ke kedai vape untuk membeli nikotin.

Kebanyakan yang masuk kedai beli vape adalah budak dari umur belasan tahun, sangat membimbangkan

“Walau bagaimanapun, situasi mulai berubah sejak 1 April lalu apabila mereka bebas memasuki kedai-kedai vape.

“Terdapat banyak kedai vape di Pulau Pinang dan situasi ini amat membimbangkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat individu yang tidak berpuas hati dengan duti eksais namun tidak menghalang mereka daripada membeli jus cecair nikotin.

“Selain itu, pengguna vape yang terdiri daripada pelajar bersetuju mereka mendapatkan wang untuk membeli cecair vape daripada rakan dan ahli keluarga.

“Malah, dua buah kedai vape turut mengaku perniagaan mereka tidak terkesan dengan duti eksais sebaliknya meningkatkan jualan vape terutamanya dalam kalangan gadis muda,” katanya.

Dalam pada itu, Subarrow memberitahu, pihaknya bimbang trend itu akan membawa kepada keadaan tidak sihat untuk generasi muda akan datang.

Katanya, vape dan e-rokok ini berkesan membantu mencipta nikotin ketagih generasi baharu malah terdapat banyak peranti vape yang juga boleh digunakan untuk menyedut jenis dadah lain yang diharamkan.

“CAP percaya pertama sekali pendidikan berkaitan vape khususnya buat kedua-dua remaja dan ibu bapa mereka amatlah penting.

“Remaja selalunya memperoleh sebahagian besar pengetahuan mereka tentang vape dan e-rokok daripada media sosial.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga perlu mengambil langkah segera untuk membendung remaja daripada sewenang-wenangnya membeli nikotin tanpa sebarang masalah,” tambahnya.

BACA:

Banduan Malaysia sebenarnya ada 8 jenis warna baju dan setiap baju ada maksudnya tersendiri

Salah satu punca kenapa kita selalu mimpi arwah yang kita sayang, ada kena mengena dengan amalan

5 bahaya yang harus dihindarkan jika dikalangan kita ada bantal busuk, nombor 2 ramai kena

Leave a Comment