Kecoh Lelaki Ini Jumpa Lipan Saiz Gergasi Di Tempat Kerja

Kecoh! Lelaki Ini Jumpa Lipan Saiz Gergasi Di Tempat Kerja

Lipan ialah artropod tergolong dalam kelas Chilopoda dalam subfilum Myriapoda. Lipan ialah haiwan panjang dengan sepasang kaki untuk setiap segmen badan. Ia boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 hingga melebihi 300.

Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede memang merupakan salah satu serangga yang berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia.

Kebiasaannya saiz lipan yang selalu kita lihat adalah lebih kurang sepanjang tapak tangan namun lain pula dengan lipan yang ditemui di Kuantan, Pahang ini.

Sekumpulan pekerja lombong di Kuantan, Pahang telah menemui satu spesies lipan yang saiznya sangat besar dan layak dikategorikan kepada lipan gergasi! Difahamkan, haiwan berbisa itu dipercayai dijumpa oleh sekumpulan pekerja lombong di tapak perlombongan bauskit di Bukit Goh, Kuantan, Pahang.

Menerusi laman sosial, gambar lipan gergasi ini kini menjadi tular berikutan saiznya yang dikatakan teramat besar, menggalahkan saiz seekor ular tedung dewasa. Ia lantas mencetuskan persoalan netizen yang mana ada yang mengatakan gambar serangga berbisa itu adalah tidak sahih dan mungkin hanya helah teknik penggambaran kamera.

Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa gambar lipan ini sebenarnya bukan di Kuantan, tetapi dari China. Bagaimanapun, kewujudan lipan bersaiz besar ini adalah tidak mustahil kerana di Aftika Selatan, terdapat spesis lipan sebegini yang dikenali sebagai Scolopendra gigantea.

Lipan ini juga dikatakan mampu membesar sehingga 30 ke 40cm dengan panjang keseluruhan sehingga mencecah 60cm! Sebenarnya, tak kisahlah lipan besar atau lipan kecil, majoriti besar daripada anda semua mesti dah lari jauh-jauh bukan?

Kini Trending

Dua wanita ini tak keruan selepas ditipu “pegawai polis” sebanyak RM380k

Awan merah berbentuk pusaran dilangit buat penduduk tak senang duduk

Lelaki ini bertahan dilautan selama 24 hari hanya berbekalkan sos tomato

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *