TerasMalaysia

Kecoh Satu Ampang! Pelayan Maut Akibat Letupan Direstoran

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh Satu Ampang! Pelayan Maut Akibat Letupan Direstoran

Semalam satu kejadian mengejutkan berlaku berhampiran sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya dimana sebuah bungkusan yang berada diatas sebuah kereta milik seorang pelayan restoran tiba-tiba meletup. Akibat dari kejadian itu, pemilik kenderaan tersebut meninggal dunia.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam, mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya jenis Toyota Corolla Altis, selepas dikata dimaklumkan rakan sekerja mengenai bungkusan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata bungkusan dalam plastik itu bagaimanapun dipercayai meletup secara tiba-tiba sebaik saja mangsa memegangnya.

Kesan kerosakan pada kereta milik pelayan yang maut dalam letupan di Jalan Pandan Indah, malam Khamis.

“Letupan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada tubuh badan dan tangan.

“Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Farouk berkata, letupan itu juga mengakibatkan bahagian hadapan kereta mangsa terbakar.

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran akibat letupan itu.

“Polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan, berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan,” katanya.

Sejak jam 9.30 malam hingga setakat 1.30 pagi tadi, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Pihak polis menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan,
berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan

Turut berada di lokasi ialah pasukan Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pemusnah Bom (URB) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan jenayah bunuh.

Pelakon Ditahan Kerana Menyebabkan Kekasih Tercampak Keluar Dari Kereta

Leave a Comment