Kecoh satu kampung, penduduk terjumpa bunjut seperti pocong di tepi empangan, mengandungi gambar dan baju
Baru-baru ini, penduduk kampung digemparkan dengan penemuan bungkusan kain yang mirip seperti pocong.
Bungkusannya berwarna putih seperti pocong tetapi saiznya lebih kecil.
Sebaik dibuka, penduduk terkejut menemui sehelai baju dan gambar seorang wanita.
Penemuan aneh itu dirakamkan menerusi satu video di akaun TikTok pada Isnin.
Keterangan video memaklumkan objek itu ditemui di Empangan Klambu, Grobogan di Jawa Tengah, Indonesia.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa lelaki yang merupakan penduduk setempat menemui objek berkenaan di tepi empangan.
Penemuan itu menunjukkan sekeping foto wanita yang memakai tudung dan berbaju merah.
Wajahnya yang cantik itu bergambar sambil tersenyum.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita di dalam foto tersebut diberi perlindungan.