TerasMalaysia

Kecoh satu kampung, remaja merajuk lari masuk hutan 3 hari gara-gara ibu tak tunaikan permintaannya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh satu kampung, remaja merajuk lari masuk hutan 3 hari gara-gara ibu tak tunaikan permintaannya

Tidak dinafikan telefon bimbit adalah antara keperluan yang perlu ada pada masa kini. Namun, penggunaannya perlu dikawal agar ia tidak disalah guna dan bukan sekadar mengikut trend seperti terpengaruh dengan rakan sebaya.

Disebabkan itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dari Daerah Bantul, Indonesia dilaporkan melarikan rumah selama tiga hari hanya disebabkan ibunya enggan untuk membelikan telefon baharu.

Remaja terbabit bertindak melarikan diri ke hutan kerana terlalu marah permintaannya tidak dipenuhi.

Disebabkan perbuatannya itu, dia hampir terkorban di dalam hutan tersebut jika gagal ditemui oleh penyelamat.

“Dari keterangan keluarga, mangsa melarikan diri sebab marah dengan ibunya yang enggan belikan smartphone,” kata jurucakap Polis Bnatul, Nengah Jeffy Khamis, 10 Ogos lalu.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari anaknya itu menghilangkan diri dari rumah sejak 7 Ogos lalu.

Susulan itu, polis telah menggerakkan seramai 100 orang bagi membentuk satu pasukan untuk mencari dan menyelamat (SAR) mencari remaja terbabit.

Bagaimanapun, pasukan SAR telah menemui mangsa pada jam 3.30 petang dalam keadaan tidak berpakaian, lemah dan lapar tanpa sebarang makanan serta minuman.

Pun begitu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Baca : Pengantin lelaki cabut lari tinggalkan pasangan atas pelamin, tak sangka ada kisah disebalik kejadian itu

Leave a Comment