Kecoh satu kampung, seorang penduduk jumpa anak kambing baru lahir bermata satu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh satu kampung, seorang penduduk jumpa anak kambing baru lahir bermata satu. Kelahiran anak kambing bermata satu dan kelihatan seperti manusia mengejutkan penduduk sebuah kampung di Indonesia.

Daily Star melaporkan, haiwan itu dilahirkan di Pandan Indah, daerah Lombok Tengah dan merupakan salah satu daripada dua anak kambing yang dilahirkan seekor induk pada 7 Mei lalu.

Bentuk badan salah seekor daripadanya adalah normal, manakala seekor lagi kelihatan seakanp-akan manusia disebabkan janggutnya.

Jiran kepada pemilik kambing itu, Masdar Fardi, 26, berkata: “Kambing bermata satu itu agak pelik, tidak berbulu dan warnanya juga pelik.

“Wajahnya malah kelihatan seperti manusia disebabkan janggutnya,” katanya.

Kecoh satu kampung, seorang penduduk jumpa anak kambing baru lahir bermata satu

Anak kambing bermata satu itu kemudian dilaporkan mati 20 minit selepas ia dilahirkan, tetapi penduduk tempat sempat melihatnya.

Sejurus selepas kematiannya, pemilik haiwan itu, Suprapto, 30, menanamnya dalam tanah.

“Malam tadi (7 Mei), ramai penduduk ingin melihat kambing bermata satu. Malah penduduk dari Kampung Kabul datang melihat anak kambing itu,” tambah Masdar.

Menurut Ketua Agensi Pertanian Lombok Tengah, Taufikurrahman Puanote, anak kambing itu mengalami cyclopia iaitu sejenis kecacatan yang jarang berlaku.

BACA:

Cara wanita ini menyimpan duit tiap bulan memg ‘rare’! Lepas buat bayar deposit kereta

Wanita trauma lepas kena kacau dengan lelaki tak dikenali, siap cium cermin sebelum larikan diri

Majlis menjadi huru-hara bila lembu tuan rumah nak sondol pengantin yang berada atas pelamin

Leave a Comment