Kecoh satu kampung! Wanita ini hamil selama satu jam sebelum bersalin

Kecoh satu kampung! Wanita ini hamil selama satu jam sebelum bersalin. Berasal dari Desa Mandalasari, Kecamatan Puspahiang, Kabupaten Tasikmalaya, wanita yang bernama Heni Nuraeni itu langsung tidak menyedari dirinya hamil sepanjang 9 bulan lalu. Menurutnya lagi, dia sedang mengalami menstruasi sebelum proses kelahiran bayinya.

Heni yang berusia 28 tahun memberitahu beratnya tidak bertambah dan kitaran haidnya selama 9 bulan juga teratur. Menurutnya lagi semasa detik kelahiran, dia mengalami sakit perut pada bahagian kanan. Bahagian itu mengeras dan berlaku gerakan secara tidak teratur. Perut dia rasa seperti memulas selang sejam kemudian.

Ibu bapa Heni juga segera memanggil bidan sebelum dia akhirnya berjaya melahirkan bayi tersebut secara normal.

Kecoh satu kampung Wanita ini hamil selama satu jam sebelum bersalin

Salah seorang pengguna facebook bernama Taufik Romdoni berkongsikan kisah ibu tersebut di laman sosial.

“Inilah tanda kebesaran ALLAH SWT. ALLAH telah menganugerahkan seorang bayi lelaki kepada sepasang suami isteri dengan proses kehamilan hanya selama 60 minit. Bahkan ia dilahirkan dalam keadaan menstruasi. Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman. Amin,” menurut Taufik Romdoni.

Dalam dunia perubatan, keadaan wanita yang tidak menyedari dirinya hamil digelar sebagai kehamilan kriptik yang disebabkan oleh kadar hormon gonadotrofin korion manusia (hCG) yang rendah dalam darah. Ia dikatakan berlaku satu dalam ratusan kehamilan.

Dilahirkan seberat 3.4 kilogram, bayi tersebut diberi nama Lingga Cipta Radeva dan merupakan anak ketiga kepada Heni. Semoga bayi tersebut membesar dengan sihat.

BACA:
Banduan Malaysia memiliki 8 jenis warna baju, setiap satu mempunyai maksud dan peringkat yang berbeza
Kehilangan 2 orang abang dalam kebarakan, Cik B cerita detik kenangan pahit yang berlaku 10 tahun lalu
Mahu sedekah makanan pada gelandangan Jepun, Elbit Lew muncul dalam video Bayashi di Instagram

Leave a Comment