TerasMalaysia

Kecoh satu kandang, penternak terkejut tengok anak lembu baru lahir memiliki 2 kepala dan 4 telinga

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh satu kandang, penternak terkejut tengok anak lembu baru lahir memiliki 2 kepala dan 4 telinga.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor anak lembu betina yang dilahirkan memiliki dua kepala dan empat telinga.

Laman berita Detik melaporkan, anak lembu itu dilahirkan di daerah Gorontalo, Sulawesi pada Khamis lalu.

Berdasarkan rakaman tersebut, seekor induk lembu berwarna coklat dilihat berdiri di dalam kandang manakala anaknya yang baru dilahirkan berada di atas tanah.

Pemilik kandang itu dilihat mengusap badan anak lembu tersebut selepas ia dilahirkan.

Kejadian itu disahkan oleh ketua daerah Tibawa, Vivi J. Tayeb.

“Malam kelmarin, seekor anak lembu dilahirkan. Kepalanya melekat, ada dua kepala dan empat telinga,” katanya.

Tambahnya, anak lembu itu mempunyai bilangan kaki yang normal. Ia dikatakan masih hidup tetapi dalam keadaan lemah.

BACA:
Sepasang suami isteri diberkas JIM, cuba dapatkan pasport untuk kanak-kanak warga asing
Pelancong Israel buat gangguan awam dan curi barang dekat kedai serbaneka tempatan
Penyewa T20 buat perangai, tinggal ‘panty liner’ berkumpul celah katil buat housekeeper naik darah

Leave a Comment