Kecoh satu majlis! Anak terkejut tengok ibu tercungap-cungap ketika buka keranda selepas 5 jam ‘meninggal’
Hari pengebumian seorang wanita berusia 76 tahun bertukar misteri apabila wanita tersebut didapati ‘hidup semula’.
Bella Montoya dari Ecuador telah disahkan meninggal dunia minggu lepas, disyaki berpunca daripada strok.
Ketika saudara-mara sedang menyiapkannya untuk sesi pengebumian, mereka terkejut apabila dia tiba-tiba tercungap-cungap dan mencuba untuk bernafas.
Sebuah kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Ecuador yang memberitahu bahawa wanita itu mengalami jantung terhenti mengejut di mana dia kehilangan pernafasan dan tidak bertindak balas terhadap percubaan resusitasi.
Perkara itu menyebabkan doktor yang bertugas mengesahkan kematiannya.
Anak lelakinya, Gilber Rodolfo Balberán Montoya berkata ibunya itu telah dimasukkan ke hospital kira-kira jam 9 pagi dan pada tengah hari seorang doktor memberitahu dia telah meninggal dunia.
Wanita itu kini difahamkan sedang berada dalam unit rawatan rapi (ICU) di hospital dan kementerian sedang menyiasat insiden luar biasa itu.