TerasMalaysia

Kecoh satu majlis! Wanita ini rempuh khemah kahwin sampai depan pelamin

Kecoh satu majlis! Wanita ini rempuh khemah kahwin sampai depan pelamin. Majlis perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling menggembirakan buat pasangan raja sehari kerana akhirnya disatukan juga dengan orang yang disayangi.

Namun, buat pasangan pengantin ini pula mereka terkejut ketika sedang bergambar di atas pelamin apabila seorang wanita selamba tunggang motosikal ke dalam khemah majlis sehingga ke depan pelamin.

Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, tindakan wanita yang menunggang motosikal yang lengkap memakai jaket dan topi keledar tersebut telah sempat dirakam oleh jurugambar perkahwinan.

Kecoh satu majlis Wanita ini rempuh khemah kahwin sampai depan pelamin

Setelah video berkenaan tular di media sosial, ada netizen yang berpendapat bahawa wanita tersebut mungkin adalah bekas kekasih pengantin lelaki.

Namun, sangkaan itu salah kerana wanita itu sebenarnya dikatakan terpaksa meredah khemah majlis kahwin kerana khemah itu telah menghalang jalan yang ingin dilaluinya.

Wanita berkenaan terpaksa memutarkan semula motosikalnya untuk keluar dari khemah majlis itu sebab jalan tersebut dah jadi jalan mati buat sementara waktu disebabkan ada khemah dan pelamin majlis itu.

BACA:

Lelaki ini jatuh secara tiba-tiba ke ruangan masjid dari tingkat dua, terkejut para jemaah yang ada disitu

Terlalu terbuka dan memburukkan imej Islam, Fatin Fauzi bakal berdepan dengan JAKIM

Berang kenalan sendiri bagi susu badan tanpa kebenaran, ibu ini buat video luah rasa kesal dan trauma

Leave a Comment