Kecoh satu media sosial, Nur Sajat dicekup polis Australia, tuan badan buka mulut respon isu yang tular

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh satu media sosial, Nur Sajat dicekup polis Australia, tuan badan buka mulut respon isu yang tular

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai dakwaan usahawan terkenal iaitu Nur Sajat telah ditahan oleh pihak berkuasa di Australia.

Menerusi beberapa hantaran di media sosial, mengatakan bahawa Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ditahan polis kerana tidak memiliki pasport yang sah di Australia.

Isu tersebut telah tular sehingga mendapat perhatian tuan badan sendiri. Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapanya dan menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah satu berita palsu.

Seperti yang saya katakan bahawa propaganda, maklumat salah atau palsu sentiasa menjadi sebahagian daripada peperangan politik.

Bukan itu sahaja, Sajat berpendapat penggunaan media sosial dan platform baharu yang lain turut menjadi salah satu punca tercetusnya fenomena dimana berita palsu disebarkan secara meluas tanpa batasan.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen pelik dengan sesetangah pihak yang masih memetik nama dan menyebarkan fitnah terhadap Sajat sedangkan usahawan ini sudah tidak menetap di Malaysia.

Baca : Individu dedah pemain bola sepak hutang RM100k, siap kena maki sebab tuntut duit yang dipinjam

Leave a Comment