TerasMalaysia

Kecoh satu pusat beli belah, pekerja asing kantoi sorok minyak masak paket untuk kepentingan diri sendiri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh satu pusat beli belah, pekerja asing kantoi sorok minyak masak paket untuk kepentingan diri sendiri.

Isu minyak masak bersubsidi hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi ramai yang mengadu minyak masak peket 1 kilogram selalu habis di pasar raya. Ada segelintir orang menyalahkan peniaga namun menurut Berita Harian, masalah kekurangan minyak masak ini juga dihadapi oleh peruncit termasuklah pembekal.

Memetik laporan Astro Awani, sebelum ini juga pernah tular isu kekurangan minyak masak bersubsidi dalam peket berpunca daripada penyeludupan barangan itu dari Kelantan ke selatan Thailand.

Akan tetapi, pembelian minyak masak di Kelantan pula dihadkan kepada satu atau dua kilogram sahaja bagi setiap pembelian manakala di selatan Thailand seperti Narathiwat, Sungai Golok, Weng dan Sungai padi tidak tertakluk dengan syarat tersebut.

Walau bagaimanapun satu lagi isu tular di media sosial TikTok, seorang pengguna memuat naik video pekerja asing di salah satu pusat beli belah terkenal di Malaysia ‘kantoi’ menyorokkan minyak masak berpeket.

Video pendek berdurasi 43 saat itu memaparkan pekerja-pekerja asing yang bertugas menjaga kaunter di pusat beli belah itu kelihatan terdiam dan takut kerana beberapa pelanggan mula memarahi mereka.

Anak terkilan bapa sebenarnya bertopengkan manusia, kantoi ketagih porno dan mempunyai perempuan simpanan

Namun begitu, belum dapat dipastikan bagaimana kegiatan pekerja-pekerja asing ini kantoi menyorokkan minyak masak berpeket 1 kilogram.

Video yang viral ini turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Kebanyakan mereka kesal dengan sikap yang dilakukan oleh pekerja asing itu malah ada juga yang menyalahkan pihak berkuasa yang dikatakan tidak mengawal isu penggunaan minyak masak peket ini.

Rata-rata berpendapat, ada pihak yang sama sekali tidak layak mendapatkan subsidi oleh kerajaan Malaysia ini seolah-olah merampas hak serta mengambil kesempatan atas kelebihan orang lain.

BACA:
Peserta RXZ members redah divider lebuh raya, gara-gara takut ditahan pihak berkuasa masa sekatan
Lelaki berseluar pendek dan tidak berbaju tular, selamatkan PS5 ketika gempa bumi melanda Maghribi
Restoran popular jual nasi claypot viral sebenarnya bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia

Leave a Comment