Kecoh satu rumah, mayat yang sudah mati tiba-tiba berdengkur, angkara adik sendiri kerana berebut tanah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh satu rumah, mayat yang sudah mati tiba-tiba berdengkur, angkara adik sendiri kerana berebut tanah

Gara-gara berebutkan harta peninggalan si mati, adik beradik boleh berkelahi hingga putus hubungan silaturahim. Malah lebih dasyat sampaikan berbunuh semata-mata untuk harta pusaka.

Sesungguhnya harta dunia benar-benar mampu membutakan manusia sampai ke tahap sanggup menyekutukan Allah. Itulah kejadian yang didedahkan oleh seorang perawat Islam@Qiqi di Facebooknya sekali gus menjadi tauladan buat semua.

Seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir dan status pemergian itu disahkan sendiri oleh pihak doktor menerusi keadaan nadi serta jantungnya yang tak lagi berdegup. Saat tubuhnya dibawa pulang ke rumah untuk urusan pengebumian, bunyi dengkuran kuat yang tiba-tiba kedengaran cukup mengejutkan ramai orang.

Apabila proses rukyah dilakukan, jelas terbukti sebenarnya si polan masih lagi hidup. Bahkan anggota badannya mula bergerak satu persatu selepas dibacakan ayat suci Al-Quran.

Lelaki itu bangkit dengan satu makhluk halus yang mengawalnya. Makhluk berkenaan meronta-ronta dan mula meminta tolong kepada tuannya yang berada dalam rumah sama. Seisi rumah mula terpinga-pinga dengan situasi berkenaan. Tak lama kemudian, mereka dikejutkan pula dengan jeritan keras seorang wanita dari arah dapur.

Rupa-rupanya, adik kandung si polan yang kemaruk harta pusaka adalah pelaku sebenar di sebalik perbuatan sihir terbabit.

Lelaki itu akhirnya tersedak dan bangun seperti biasa lantas meluahkan kesal kepada di adik. Walhal sepanjang menjalani kehidupan tanpa ibu ayah, dia selaku abang tidak pernah lokek memberikan didikan dan bantuan. Rupanya, si adik teracun dengan hasutan suaminya yang mahukan semua tanah pusaka milik Allahyarham bapa mereka.

Sumber

Baca : Penjelasan pakar tentang sarapan pagi, ramai kata ‘breakfast’ tak penting dan hanya sekadar mitos

Leave a Comment