Kecoh satu surau, wanita masuk tandas lepas terhidu bau busuk, terkejut jumpa mayat bayi bawah baldi terlangkup

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh satu surau, wanita beranikan masuk tandas lepas terhidu bau busuk, terkejut jumpa mayat bayi bawah baldi terlangkup.

Misteri bau busuk di tandas surau Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu akhirnya terungkai apabila dua wanita menemui mayat bayi perempuan yang tersembunyi di bawah baldi dan ditelungkupkan.

Mayat bayi malang itu, yang ditemui sekitar 10 pagi semalam, disyaki telah meninggal lebih daripada 48 jam. Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, mengatakan seorang saksi, seorang wanita berusia 47 tahun, dan rakannya memutuskan untuk memeriksa tandas tersebut apabila diberitahu tentang bau busuk yang mencurigakan.

“Mereka memasuki tandas di bahagian tengah sebelum menjumpai baldi berwarna merah dalam keadaan telungkup. Mereka terkejut apabila mendapati mayat bayi apabila baldi itu diangkat,” katanya.

Abdul Rozak menyatakan bahawa kedua-dua wanita itu segera melaporkan penemuan mayat bayi kepada ahli jawatan kuasa surau. Pemeriksaan anggota polis di lokasi kejadian mendapati mayat bayi perempuan itu dalam keadaan cukup sifat sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

“Tiada tali pusat atau uri yang ditemui, dan tali pusatnya juga telah dipotong. Kami percaya bayi itu telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam. Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

BACA:
Gara-gara tidak mahu ikut bercuti, pengurus Tahfiz nekad kurung isteri ketiga di Inap Desa dekat Kelantan
Hati-hati dengan apa yang dilontarkan, ini asal-usul sebenar tentang perkataan ‘Israel’ yang ramai tak tahu dan silap
Hati-hati dengan apa yang dilontarkan, ini asal-usul sebenar tentang perkataan ‘Israel’ yang ramai tak tahu dan silap

Leave a Comment