TerasMalaysia

Kecoh Satu Taman! Awan Aneh Kelihatan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh Satu Taman! Awan Aneh Kelihatan

Awan mungkin kelihatan seperti marshmallow yang besar dan besar di langit, tetapi pada hakikatnya, koleksi ini kelihatan titisan titisan air kecil (atau kristal ais, jika ia cukup sejuk) yang hidup tinggi di atmosfera di atas permukaan Bumi. Warna awan ditentukan oleh cahaya yang diterimanya dari Matahari.

Ada kalanya, awan yang dilihat seolah-olah wujud dengan personaliti dan emosi sendiri. Maka tak hairanlah, ada madah yang mengaitkan bentuk sesuatu awan itu dengan emosi manusia.

Ketika cuaca cerah, awan putih ringan yang berlayar di kaki langit mampu mendatangkan rasa tenang. Jika gumpalannya tebal, hitam dan gelap, dipadankan pula dengan rasa sedih dan galau dalam diri. Di waktu senja, awan yang terletak elok di depan matahari sambil menapis cahaya jingga pula digambarkan sebagai suasana yang romantik.

Oleh sebab sifatnya yang begitu unik, awan juga menjadi pilihan jurugambar untuk dijadikan subjek dalam seni fotografi, khususnya golongan nefofilia.

Pengguna Facebook, Liza Hj Kamaruddin berkongsi hasil seninya yang menampilkan awan yang seakan-akan berputar.

Menurutnya, dia melihat awan ini selepas waktu subuh menerusi tingkapnya. Baginya, ia merupakan kali pertama dirinya melihat keadaan awan bergulung, bertingkat dan hujungnya seperti dipintal.

Memandangkan kejadian ini sangat ‘rare‘, Puan Liza mengambil gambar beberapa kali menerusi Xiaomi 11. Untuk mendapatkan komposisi yang lebih padu, dia membuat sedikit ‘touch up’ dengan menggunakan aplikasi Snapseed.

Selepas kejadian tersebut, Liza memberitahu pengguna lain bahawa ada berlakunya hujan dalam waktu yang singkat dan cuaca menjadi cerah semula.

Hasil tangan Liza telah meraih perhatian warganet iaitu sebanyak 2.5k tanda suka, 209 komen dan dikongsikan sebanyak 58 kali.

Berdasarkan komen pengguna Riyzz Rayyan, kejadian awan tersebut merupakan fenomena towering colomunimbus. 

Kredit: Facebook

Berdasarkan komennya, dua perkara akan berlaku iaitu, sama ada ribut petir berserta hujan lebat atau pembentukkan funnel cloud.

Rata-rata, pengguna mempamerkan rasa kagum akan kejadian alam semula jadi, berserta bakat fotografi yang dimiliki Liza.

Ada yang mengatakan ia seakan-akan imej wanita, ada juga yang mengatakan ia membentuk raut wajah orang tua.

Sumber

Lesap RM 150,000! Ditipu Kekasih Alam Maya

Leave a Comment