Kecoh satu taman Orang yang tak bertanggungjawab buang al quran dalam longkang

Kecoh satu taman! Orang yang tak bertanggungjawab buang al-quran dalam longkang

Biadap! Tergamak buang Al-Quran dalam longkang. Tular di laman sosial video individu mengutip beberapa naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni, di sini.

Menerusi video berkenaan, individu yang merakam menunjukkan anak lelakinya berada di dalam longkang untuk mengutip al-Quran yang dibuang.

Sementara itu, seorang lagi lelaki dilihat menyusun al-Quran yang dikeluarkan daripada longkang berkenaan.

Ada al-Quran sudah terkoyak kulit muka depannya manakala yang lain dalam keadaan baik.

Lelaki yang merakam video turut meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang tergamak melakukan perbuatan berkenaan.

“Tengok la zaman sekarang akhir zaman, manusia tak tahu apa cerita.

“Mana yang buat kerja, dia orang buang al-Quran di dalam longkang.

“Tak tahu mana punya manusia. Tak nak baca pun simpanlah. Menitik air mata, Subhanallah!,” katanya.

Rata-rata netizen sangat marah dengan pihak yang membuang Al-Quran tersebut.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang memuji mereka yang sanggup meredah air longkang untuk menyelamatkan Al-Quran-Al-Quran itu.

Namun, ada juga netizen yang bersangka baik bahawa mungkin juga Al-Quran itu dibawa arus ketika banjir. Ada banjir ke dekat Gombak kebelakangan ini?

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit bukan di bawah kawasan JAIS.

“Untuk makluman, lokasi berkenaan adalah bukan di bawah kawasan JAIS, tetapi di bawah kawasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Kawasan ini berdekatan dengan pasar borong Selayang dan longkang berhampiran kawasan lombong Seri Murni.

“Sehubungan dengan itu, pihak JAIS telah memaklumkan kepada JAWI untuk melakukan siasatan lanjut berhubung perkara itu,” demikian menurut JAIS.

Sumber

Baca : Pelakon popular bertunang secara senyap-senyap dengan lelaki yang bergelar Dato?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *