TerasMalaysia

Kecoh satu tokong duit RM20 ribu turun dari langit sempena hari lahir sami

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kecoh satu tokong duit RM20 ribu turun dari langit sempena hari lahir sami

Seorang sami Buddha naik ke udara dengan bantuan sebuah kren dan melontar wang tunai 150,000 baht (RM19,421) kepada tetamu majlis sempena hari ulang tahun kelahirannya di sebuah kuil di wilayah Surin, timur laut Thailand pada Selasa lalu.

Bagi meraikan hari lahirnya yang ke-46 dan tahun ke-24 sebagai sami, Phra Khru Phot Suwannarat menggunakan sebuah kren yang disewa untuk mengangkatnya.

Sami sebenarnya dilarang menerima atau memiliki wang. Ini kerana menurut ajaran Theravada di Thailand, kekayaan peribadi merupakan penghalang untuk menuju nirwana.

Namun, ramai sami tidak mematuhi peraturan itu, demikian menurut tinjauan oleh Pusat Pengajian Buddhisme Universiti Chulalongkorn.

Dalam tinjauan itu, ramai sami menyatakan bahawa mereka mengumpulkan wang dan ada yang menggunakan kad debit serta kredit.

Bagaimanapun, sami yang melemparkan wang itu memulangkan semula sebahagian kekayaannya kepada masyarakat.

Dia juga ialah seorang sami popular dan mempunyai 19,000 pengikut di akaun Facebooknya selain terkenal dengan sumbangan amalnya dan mahir berbahasa Khmer.

Sumber

Baca : Hilang mata pencarian untuk keluarga, ibu 8 anak ini terpaksa masak ‘batu’ untuk alih perhatian

Leave a Comment