Kedai makan yang sangat kreatif dan seram, pelanggan dapat menjamu selera sebelah mayat

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kedai makan yang sangat kreatif dan seram, pelanggan dapat menjamu selera sebelah mayat. MENJADI perkara biasa untuk pemilik restoran menggunakan strategi unik bagi menarik perhatian pelanggan.

Namun, sebuah restoran di Ahmedabad, India dikenali dengan nama Lucky Tea Stall, yang ditubuhkan lebih 72 tahun lalu tampil dengan konsep pelik iaitu menawarkan pengalaman menjamu selera di sebelah mayat.

Kedai makan itu menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan oleh seorang penulis blog, @hungrycruisers di Instagram miliknya.

Difahamkan pemilik restoran, Krishnan Kutti membeli sebidang tanah di kawasan Ahmedabad, namun pada awalnya dia tidak mengetahui bahawa lokasi itu adalah tanah perkuburan.

Bagaimanapun, setelah mengetahui tentang perkara itu, ia sama sekali tidak mengubah rancangannya untuk membina kedai makan di situ.

Kedai makan yang sangat kreatif dan seram, pelanggan dapat menjamu selera sebelah mayat

Bagi menghormati tempat beristirahat si mati, Krishnan sama sekali tidak menyentuh keranda-keranda tersebut, sebaliknya hanya memasang palang besi di sekelilingnya.

Memanfaatkan ruang yang ada secara kreatif, tempat duduk dan meja makan disusun di sekeliling kubur.

Pekerja restoran akan membersihkan kubur dan menghiasinya dengan bunga-bunga segar pada setiap pagi.

Dikhabarkan seorang pelukis tempatan, Maqbool Fida Husain sebelum ini sering mengunjungi kedai berkenaan, malah pernah juga menghadiahkan lukisannya kepada pemilik kedai itu pada tahun 1994.

Untuk makluman, restoran yang semakin popular dalam kalangan masyarakat India itu memegang moto – ‘hormati orang mati, sebagaimana anda menghormati orang hidup’.

BACA:
Penyanyi dangdut buang anak baru lahir dalam hutan guna bagasi, biar 2 hari dalam bilik tidur
Pecah masuk rumah orang pukul 5 pagi semata-mata ingin mencuri makanan, siap buka peti ais
Kecoh satu majlis! Anak terkejut tengok ibu tercungap-cungap ketika buka keranda selepas 5 jam ‘meninggal’

Leave a Comment