TerasMalaysia

Kedai Perabot Musnah Dijilat Api

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kedai Perabot Musnah Dijilat Api

Sebuah kedai perabot habis musnah akibat satu kejadian kebakaran di Bakar Arang, Sungai Petani, semalam.

Dalam satu kenyataan, ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain memaklumkan kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7.20 malam melibatkan struktur kedai dua tingkat di belakang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Kwang.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada jam 7.30 malam , dan mengerahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dengan kekuatan anggota seramai 15 orang.

Kebakaran bangunan turut melibatkan sebuah lori yang diparkir di hadapan bangunan.

Kebakaran melibatkan kemusnahan hampir 20 peratus struktur bangunan itu dan berjaya dipadam sepenuhnya sekitar jam 10.42 malam tadi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Guru Maut Motorsikal Hilang Kawalan Langgar Besi Penghadang Jalan

Leave a Comment