Keistimewaan dan rasa buah durian sudah dicatat 430 tahun yang lalu oleh penulis luar

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Keistimewaan dan rasa buah durian sudah dicatat 430 tahun yang lalu oleh penulis luar

Durian (Durio zibethinus Murray) dikenali sebagai ‘raja buah’ dalam kalangan orang ramai khususnya masyarakat di Asia Tenggara. Memiliki bau yang menyengat, tekstur yang lembut, rasa lemak dan berkrim yang enak serta warna kekuningan sudah pasti menarik perhatian semua orang untuk mencubanya.

Walaupun mempunyai kulit luaran yang berduri, di dalam terkandungnya isi yang cukup manis dan lembut. Seperti yang kita sedia maklum, buah durian menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi menjelang musimnya di Malaysia.

Tahukah anda sebenarnya buah durian sudah terkenal dan diceritakan oleh saudagar luar sejak ratusan tahun dahulu lagi? Perkara ini diketahui selepas didedahkan oleh Persatuan Kartografi Melaka menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.

Menurut Persatuan Kartografi Melaka, durian yang juga mendapat gelaran sebagai raja buah merupakan sejenis buah yang pernah tercatat di dalam beberapa naskah penulisan terdahulu yang menjangkau sehingga lebih 400 tahun lamanya.

Berdasarkan buku lama yang bertajuk Itenerario, voyage ofte schipvaert van Jan Hugyen van Linschoten, naer Oost ofte Portugaels Indien yang dihasilkan sekitar tahun 1595 – 1596 ada menceritakan tentang lokasi penanaman dan juga keistimewaan buah durian yang telah tercatat sejak hampir 430 tahun lalu.

Menariknya, di dalam buku tersebut terdapat lakaran gambar yang memaparkan sebatang pokok durian yang dipenuhi buahnya, dua biji buah durian yang telah gugur serta kelihatan beberapa ulas isinya.

Pokok yang dinyatakan ditulis sebagai ‘Duriones’ yang bermaksud durian. Terdapat dua petikan penulisan yang tertulis di bawah gambar pokok dan buah durian tersebut.

Petikan pertama yang diterjemahkan telah menceritakan bahawa buah durian ini menarik kerana mempunyai kelembutan rasanya malah disukai oleh semua namun hanya tumbuh di Melaka.

Terjemahan kepada petikan kedua pula memberi gambaran maksud buah durian adalah buah yang dipuji manisnya dan hanya tumbuh di Melaka.

Petikan informasi yang terdapat di dalam buku berusia hampir 430 tahun ini telah mencatatkan selembar sejarah yang menarik iaitu menceritakan tentang keistimewaan buah durian yang mempunyai rasa yang enak.

Pada waktu tersebut berkemungkinan besar buah ini banyak ditanam atau tumbuh di Melaka dan popular di seluruh dunia sehingga tercatatnya di dalam naskah bersejarah ini.

Tidak hanya popular di Malaysia, malah kini raja buah kini mendapat tempat di pelbagai negara kerana keunikan rasanya yang tiada tolok bandingan. Di China sahaja, mereka berjaya menghasilkan buah durian sendiri dengan harga jualan mencecah ratusan ribu ringgit.

Sumber

Baca : Panik satu majlis, dinding kadbod pelamin tiba-tiba runtuh terkena pengantin perempuan dan keluarganya

Leave a Comment