TerasMalaysia

Kelajuan Tren LRT Laluan Ampang/Sri Petaling Akan Jadi Perlahan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

RapidKL memaklumkan bahawa kadar kelajuan tren Transit Aliran Ringan (LRT) bagi Laluan Ampang/Sri Petaling akan perlahan daripada kebiasaan selama empat hari, bermula 20 Disember.

Berdasarkan kenyataannya di Twitter (@askrapidkl), perubahan kelajuan sementara tren ini akan menyebabkan tren LRT bergerak lebih perlahan daripada kelajuan normal pagi kedua-dua arah.

Difahamkan, perubahan sementara kelajuan tren LRT ini hanya melibatkan landasan dari stesen LRT Miharja ke stesen LRT Chan Sow Lin sahaja.

Perkara ini berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaran yang bakal dijalankan pada landasan laluan berkenaan.

Semalam, RapidKL (@myrapidkl) memaklumkan kemaskini situasi semasa bagi kerja pembaikpulihan fasiliti di stesen-stesen MRT bagi laluan Kwasa Damansara – Kajang.

Antara baik pulih fasiliti yang dilaksanakan termasuklah pada bahagian eskalator, lampu dan juga bumbung di stesen-stesen yang terlibat.

Menurut tweet yang dimuat naik semalam, kerja-kerja baik pulik tersebut dijangka akan selesai pada hari ini.

BACA: Akibat Tanah Runtuh, Tapak Perkhemahan Menjadi Huru Hara

Leave a Comment