TerasMalaysia

Kerana Pemandu Lori Ini, Habis Semua Kereta Kena Sondol

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kerana Pemandu Lori Ini, Habis Semua Kereta Kena Sondol

Kemalangan membabitkan sembilan kenderaan termasuk dua treler di KM307.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Gopeng, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata antara kenderaan yang terbabit dalam inisiden itu adalah dua treler membawa kontena; Volkswagon (1); BMW (1); Toyota Yaris (1); Perodua Alza (1); Honda Civic (1); Perodua Aruz (1); dan Honda CRV (1).

Kemalangan membabitkan dua lori treler bersama tujuh kenderaan lain yang berlanggar dari arah belakang.

Katanya, terdapat kesemua 15 mangsa insiden itu, dengan tujuh daripadanya cedera, manakala lapan lagi selamat.

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di KM307.9 Lebuh Raya Utara-Selatan di Gopeng semalam.

Menurutnya, panggilan mengenai kejadian diterima jam 11.06 malam tadi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dibantu dengan BBP Tapah digerakkan ke lokasi.

“Antara yang dikenalpasti cedera dalam insiden itu adalah tiga individu yang menaiki Toyota Yaris, serta seorang yang berada dalam Honda Civic.

“Tiada mangsa tersepit dan kesemua mereka sudah dikeluarkan oleh orang awam ketika bomba sampai di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan, diberikan rawatan awal sebelum mereka dibawa ke Hospital Ipoh (Hospital Raja Pemaisuri Bainun).

Katanya, operasi tamat jam 12.46 tengah malam.

Misteri Kenapa Rumah Ini Dilenyapkan Selamanya Oleh Google Maps Akhirnya Terjawab

Leave a Comment