
Dikecam Kemaruk Glamour! itulah yang antara yang dapat dirumuskan oleh Netizen akibat tindakan Salt Bae di World Cup baru – baru ini.
Chef Terkenal dari Turki atau lebih dikenali dengan jolokan nama Salt Bae dilaporkan telah mendapat kebenaran untuk masuk ke padang selepas upacara penyampaian hadiah. Dia dilihat menyambut kemenangan Argentina dengan bersalaman dengan beberapa pemain termasuk Lionel Messi.
Walau bagaimana pun netizen tidak mengemari tindakannya yang seolah-olah “kemaruk glamour”

Dia juga dikatakan menggigit salah satu pingat milik pemain Argentina. Beliau juga bertindak mengambil piala tersebut daripada pemain Argentina dan meraikannya, walaupun terdapat pertikaian di mana hanya pemain dan mereka yang berada di dalam pasukan Argentina sahaja yang boleh menyentuh piala tersebut.

Malah, FIFA berkata, “Trofi Piala Dunia FIFA yang asli hanya boleh disentuh dan dipegang oleh sekumpulan orang yang terpilih, termasuk bekas pemenang Piala Dunia FIFA dan ketua negara.” Salt Bae memegang trofi dan mengambil beberapa gambar dengan piala tersebut.

Netizen berkongsi kekecewaan mereka melihat Salt Bae masuk ke padang dan menyentuh trofi tersebut. Seorang Instagrammer berkata, “Anda tidak sepatutnya menyentuh Piala. Anda bukan juara.” Dan sebahagian netizen berkata, Salt Bae lakukan perkara tersebut sebab dia gilakan populariti.


Xavier, Komen Lawaknya Terkenal 1 Dunia