TerasMalaysia

Kembang tekak tengok! Wanita pasrah lepas suap nasi yang dimakan, terkejut nampak lipas penuh dalam botol kicap

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kembang tekak tengok! Wanita pasrah lepas suap nasi yang dimakan, terkejut nampak lipas penuh dalam botol kicap.

Siapa sahaja yang tak terkejut jika makanan yang sedang dinikmati tiba-tiba ada bendasing yang tidak sepatutnya ada di situ.

Sebuah video tular di TikTok memaparkan seorang wanita terpotong seleranya apabila kicap yang digunakan untuk menambah perisa makanannya itu terdapat beberapa ekor lipas yang sudah besar.

Video yang dikongsikan oleh @laylaazli itu menunjukkan wanita tersebut menggoncang botol yang mempunyai beberapa ekor lipas itu ketika sedang makan nasi berlauk.

“Al kisah, kicap ni dah nak habis tapi aku tuang kali pertama kat nasi dan kali kedua nak tuang tiba-tiba ternampak binatang ini ya.

Aku dah telan nasi 2,3,4 suap dah, kali kedua tu baru perasan syaiton nya lahai. Harap takde pape jadi. Apa-apa update selepas 24 jam,” tulisnya di dalam video itu.

Kembang tekak tengok! Wanita pasrah lepas suap nasi yang dimakan, terkejut nampak lipas penuh dalam botol kicap

Lebih menghiburkan, pengguna TikTok itu juga meluahkan rasa marahnya secara berseloroh dalam kapsyen video itu dengan ‘menyumpah’ tujuh keturunan lipas tersebut tidak boleh bertelur.

“Kembang tekak oi!”

Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, rata-rata antara mereka turut loya melihat video berdurasi 11 saat itu.

@laylaazli

memang ku sumpah kau 7 keturunan lipas tak bole bertelur 😭#fypage

♬ suara asli – Basyirstory – Basyirstory🎭
BACA:
“Sebulan tak lalu nak makan” – Pekerja stesen minyak redha lepas bersihkan tahi manusia dalam urinal bowl
“Tolong keluarkan anak saya” – Keadaan bertukar sayu bila ibu tengok jenazah masuk dalam liang lahad
‘Owner’ gerai cendol buat perangai, selamba bagi mangkuk berlumut dekat pelanggan

Leave a Comment