TerasMalaysia

”Kenapa Aydan tidur pakai macam tu?”, ibu tak sangka anak lukis diri dibalut, rupanya ada benda jadi

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

”Kenapa Aydan tidur pakai macam tu?”, ibu tak sangka anak lukis diri dibalut, rupanya ada benda jadi. Ibu kongsi lukisan terakhir anak syurga, Aydan gembira “dibedung, rupanya petanda tubuhnya dikapan.

Keriangan seorang anak syurga menunjukkan sebuah lukisan tubuhnya dibedung dan dirinya kembali seperti baby, menjadi petanda akhir bahawa dirinya akan pergi selama-lamanya.

Ibu Kongsi Lukisan Terakhir Anak Syurga
Dalam kemalangan di Bangi, Khamis lalu, keriangan seorang anak tunggal, Aydan Hadiff, tujuh tahun mengikut ayahnya menunaikan solat tarawih berakhir dengan tragedi apabila terlibat kemalangan dan dirinya dijemput Allah dalam keadaan khusnul khatimah.

Namun apa yang membuat ramai sebak, di sebalik kisah kemalangan itu, anak syurga ini seolah sudah mempersiapkan dirinya bertemu Allah azzawajaala dalam keadaan cukup bersih dan bersiap sedia mengenai kematiannya.

Petanda kematian itu semakin jelas pada anak syurga ini, namun mungkin dirinya tidak tahu mengungkapkannya bagaimana. Namun ia ditunjukkan melalui lukisan yang dilukisnya sendiri.

”Kenapa Aydan tidur pakai macam tu?”, ibu tak sangka anak lukis diri dibalut, rupanya ada benda jadi

Dikongsi dari fb ibunya, Wunny Amir, ibu ini berkongsi catatan-catatan ringkas mengenai anak syurganya ini dan ia cukup membuatkan ramai berasa sebak.

Aydan Gembira “Dibedung” Rupanya Petanda Tubuhnya Dikapan
Di salah satu catatannya, Wunny berkongsi lukisan Aydan dibedung tapi rupanya itulah pakaian akhir anaknya.

“Mama2, tengok ni Aydan lukis”, Aydan datang tunjuk lukisan dia dengan nada penuh keceriaan.

“Aydan lukis Mama Ayah ngan Aydan. Ni Aydan tengah tidur”

“Comelnya… kenapa Aydan tidur, Mama ngan Ayah tak tidur?”

“Aydan tidur dulu. Nanti mama ngan ayah tidurlah”

“Kenapa tidur jauh sangat, bukan Aydan tidur tengah ke?”

Aydan hanya ketawa kecil.

“Kenapa takde kaki tangan ni?”

“Ish mama ni, ni yg macam baby pakai tulah mama. Aydan jadi baby balik, hehe”

“Owh pakai bedung ye”

“Haaa”

Alllahu.. rupanya bukan kain bedung tapi kain kapan

Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, sebijik dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih.

BACA:

Kebanyakan yang masuk kedai beli vape adalah budak dari umur belasan tahun, sangat membimbangkan

Doktor terkejut jumpa telefon bimbit lepas bedah usus gadis berusia 18 tahun ini

Banduan Malaysia sebenarnya ada 8 jenis warna baju dan setiap baju ada maksudnya tersendiri

Leave a Comment