Kenapa setiap 7 tahun kad debit dan kredit perlu ditukar? Ini punca dan sebab yang ramai tak tahu.
Kebanyakan sekarang ini memang ramai yang membuat pilihan untuk go ‘cashless’, lebih senang untuk bawa kad dan imbas berbanding perlu bawa wang tunai begitu tebal dan bahaya, yang kadang-kadang memakan masa sebab perlu kira duit sebelum bayar.
Pemilihan untuk gunakan kad debit atau debit ni bukan je mudah malah kita pun dah tak perlu risau tentang wang berkepuk ada dalam dompet. Bila keluarkan banyak sangat wang tunai, hati mulalah rasa tak sedap hati.
Tapi satu je anda semua kena kena tahu,lebih kurang macam manusia juga kad bank pun ada jangka hayat. Sampai masa, kad debit mahupun kredit kena tukar dalam masa yang ditetapkan. Biasanya tarikh luput tertulis pada kad lazimnya tujuh tahun selepas kad dibuat.
Sebenarnya kenapa kad bank ada tarikh luput? Dekat sini, tarikh luput ni berfungsi sebagai ‘checkpoint’, sebab tu kalau isi maklumat kad kredit atau debit pengguna perlu letakkan tarikh luput.
Dalam tak sedar perkara itu menyelamatkan pengguna daripada ditipu selain dapat mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kad tersebut.
Jadi, bila kad kredit dah tamat tempoh seseorang diperlukan untuk menukar kad bank tersebut dan disebabkan zaman pun bertambah maju ciri keselamatan pada kad pun telah dinaiktaraf, seperti adanya cip Europay, Mastercard and Visa (EMV).
Kemudian, bila dah terlalu lama guna kad bank mesti keadaan fizikalnya juga sudah barai, sebagai contoh terdapat masalah pada bahagian cip kerana sering keluar masuk daripada mesin juruwang.
Jika korang pengguna tegar kad bank yang sangat selesa pergi mana-mana tanpa wang tunai, baik cek keadaan kad bank, mesti dah lunyai sebab pakai pun dah bertahun.