Kecoh Satu Kelas Kanak Kanak Tersepit Kepala Dekat Kerusi Undang Cemas

Kecoh Satu Kelas! Kanak-Kanak Tersepit Kepala Dekat Kerusi Undang Cemas

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan kira-kira 15 minit apabila kepalanya tersepit pada kerusi di sebuah tadika di Sekinchan, Sabak Bernam, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kejadian jam 11.37 pagi itu melibatkan mangsa berusia enam tahun ketika sesi pembelajaran di tadika tersebut.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada pihak tadika pada jam 11.42 pagi.

“Seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Norazam berkata, sejurus tiba di lokasi, pasukannya mendapati kepala kanak-kanak lelaki itu masih tersepit pada kerusi tersebut.

“Operasi berjalan lancar dan tamat sepenuhnya jam 11.54 pagi dan kita dapati murid itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pengurusan tadika bagi urusan lanjut,” ujarnya.

Ujar beliau, anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa dalam tempoh lima minit.

Individu Jual Rakaman Video CCTV Dalam ‘Fitting Room’ Diburu Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *