Kerana gagal hidupkan enjin kereta lelaki ini buat perkara yang tak munasabah

Kerana gagal hidupkan enjin kereta, lelaki ini buat perkara yang tak munasabah

Kerana kenderaannya mengalami masalah dengan sistem elektrik selain enjinya tidak dapat dihidupkan, seorang lelaki Thailand yang marah bertindak membakar keretanya di wilayah timur laut Udon Thani pada Ahad lalu.

Pemilik kereta tersebut, Panya, 58, tidak dapat menghidupkan enjin kenderaannya apabila dia ingin meletakkan kereta di garaj. Lelaki berkenaan kemudian bertindak mengalihkannya ke sebuah lokasi yang kosong di slot gacor tanahnya.

Dia kemudian membakar rumput di sekeliling kereta itu dan api segera merebak ke keretanya menyebabkan anggota bomba tiba di tempat kejadian di Jalan Ban Phue-Nam Som dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

Walaupun kereta dan rumput di sekitarnya musnah, api tidak merebak ke mana-mana harta benda lain manakala kos kerosakan kereta itu adalah sekitar 40,000 baht (RM5,165).

Timbalan Ketua Balai Polis Ban Phue, Leftenan Kolonel Bamrung Naebchidchai berkata, adalah tidak menyalahi undang-undang untuk membakar harta milik sendiri dan api itu pula tidak merebak ke rumah jiran atau mengganggu jiran.

Sumber

Baca : ”Aku ajak tunang teman ‘pack’ tudung jualan aku, benda ni jadi masa kami tengah buat kerja”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *