
Kerana hidup berpindah randah, ini yang terjadi kepada anak mereka masa hantar dekat rumah pengasuh
Salam semua. Masalah aku kali ni adalah pasal pengasuh, aku gelarkan dia dengan nama Makcik Enon, dia berumur dalam 50 tahun. Masalahnya sebab dia suka main tarik tali nak jaga 2 orang anak aku.
Anak aku sorang darjah 1, sorang lagi berusia 2 tahun setengah. Sebelum ni masa ada anak sulung, hidup kami berpindah randah. Jadi, anak tu macam-macam dah orang yang jaga. Alhamdulillah dia jenis yang senang baik dengan pengasuh berbanding dengan adik pompuan yang baru 2 tahun ni.
Si adik, sejak dalam pantang, bibik jaga sampai umur 2 tahun. Kemudian tahun lepas bulan 12 bibik nak balik kampung, jadi kami mula hantar adik dekat rumah makcik ni. Untuk pengetahuan korang, rumah makcik ni dekat je dengan pejabat aku, dan makcik Enon ni direkomen oleh sorang kakak kat opis yang kena transfer ke sarawak.
Makcik ni kira bekas pengasuh anak-anak dia, yang 4 orang sejak yang sulung tu merah lagi sampai dah 9 tahun. Sebelum akak tu carikkan pengganti, dia siap buat selection kat pejabat, orang-orang yang dia nak rekomenkan pada makcik Enon ni sebab katanya nak pilih orang yang baik, lembut sebab makcik Enon ni tinggi budi bahasa katanya.
Jadi akhirnya, dia rekomen kat aku sebab waktu tu bibik aku ada masalah rindu nak balik kampung. Sebagaimana yang dijanjikan, bulan 11 tahun lepas, aku hantar anak-anak aku. Si kecik sampai demam-demanlah sebab rindu dekat bibik.

Aku siap bawak pergi darulsyifa’ berubat alhamdulillah sekarang dah ok. Makcik Enon minta bayaran RM450 untuk anak-anak aku dan akan nak tolong hantarkan ke sekolah. Sebabkan dia offer nak hantar sekolah, kami pun tambahla RM50 lagi buat duit minyak.
Memandangkan dia tak ada jaga anak orang lain, aku nak dia dapat solid RM500 tu tanpa perlu fikir lagi kos yang lain. Beras 5 kg sebulan, jajan dan biskut-biskut tak pernah putus, dengan lauk basah setiap minggu aku bagi without failed.
Beberapa bulan pertama, ok, tip top dia jaga. Bila sekolah dah bukak, dia cakap tak boleh hantar anak aku pergi sekolah. Jadi, burnlah RM50 duit minyak tu. Dia senyap je tak pulangkan pun, aku pun lebih kurang halal.
Dengan harapan asalkan dia ikhlas jaga anak-anak. Fine. Sebulan lepas tu, dia dapat tawaran pergi haji tahun ni. Bermula dari tu aku perasan dia berubah. Selalu membanding-bandingkan anak aku dengan budak-budak lain yang pernah dia jaga.
Dia kata anak aku degil semacam, nakal, lain acuan. Macam-macam la dia kata direct kat aku tapi dengan nada lemah lembut. Senang citer lazer dalam lembut la. Tapi sebagai ibu sentap jugak hati ni tapi aku sabar lagi.
Oleh sebab tu, aku kurangkan masa anak-anak aku kat rumah dia. Kalau perlu ambil cepat, aku akan cuba ambil secepat mungkin. Lagipun makcik Enon cakap, anak aku selalu bergaduh dengan anak pompuan bongsu dia yang dah berumur 14 tahun!
Sebulan pastu, makcik Enon kena mild strok. Aku mula rase serba salah, takut kenakalan anak aku yang jadi penyebab. Aku bagi dia cuti seminggu untuk dia berubat. Lepas dia dah ok, dia bagi aku pilihan, nak hantar anak atau tak, dia cakap tak kesah.
Gaya dia cakap macam tak harap la nak jaga anak-anak aku. Tapi aku teruskan jugak hantar macam biasa dan bagitau kat dia kalau tak larat bagitau. Jadi, dia teruskan jaga. Tapi hampir tiap hari ade saja hal anak-anak yang dia mengadu. Tapi aku buat hati kering.
Aku tak nak sensitif sangat sebab:
1) kesian kat si kecik nak kena biasakan balik kalau dapat pengasuh baru.
2) Kalau tak duduk rumah dia, kenalah anak sulung tukar sekolah agama lain.
Baru-baru ni waktu cuti sekolah, kantoi anak dia yang bongsu pakai jersey MU anak aku yang sulung tu. Dia cepat-cepat masuk rumah dan salin baju. Memang sah tu baju anak aku sebab bila anak aku minta, dia pulangkan tapi tak bagi-bagi tau mak dia.
Kemudian baru-baru ni anak aku yang 2 tahun tu kena H.F.M.D, Makcik Enon seboleh-bolehnya cakap doktor silap. Anak aku sebenarnya kena demam campak dia cakap. Dah kalau mulut penuh ulser dan tak makan 3 hari, takkan doktor pakar silap pulak.
Masalah aku sekarang, makcik ni ego dan perasan semua benda dia tahu. Pastu bila kita cakap anak kena HMFD, dia terasa sendiri macam rumah dia kotor. Padahal aku dah terangkan yang anak tu kena sebab aku ada bawa pergi mandi pool.
Sejak anak sakit tu, dia mula jadi dingin dan makin laser. Satu hari tu, keluarga kami ditimpa musibah sebab suami difitnah di tempat kerja. Sudahlah tengah kelam kelibut, Mackik Enon call tak nak jaga anak-anak aku dah.
Alasan dia, anak-anak dia dah tak bagi dan nak tumpu amal ibadah nak pergi haji. Cara dia waktu tu memang belagak dan siap pesan, “boleh tak carik orang lain. Budak-budak tu lain sikit perangai. Takpe akak bagi tempoh sebulan.”
Bayangkan, petang tu tengah serabut hal kerja suami. Aku pergi la mengadap dia tanye kenapa dan bagitau perlu masa sebab tengah settle masalah dekat tempat kerja suami. Makcik Enon tu dengan mulut tak insurans terus tanye, “kenapa, ade ambil rasuah ke?”
Suami aku ni polis. Nampak sangat dia skeptical dengan polis dan mungkin pandang rendah dekat kami sekeluarga selama ni. Aku suruh suami aku tanya sekali lagi pasal hal jaga anak. Mungkin dia segan dengan suami aku, dia tarik balik cakap dia kononnya boleh jaga anak-anak ni.
Buat masa ni, kami masih hantar anak-anak dekat sana, tapi hanya Allah je la tau macamana perasaan aku setiap pagi nak hantar anak kat rumah dia. Pernah si abang demam, aku call tanye panas lagi ke badan anak? Dia boleh cakap, “tak tau la nak kata, jaga reti nak agak. Kalau si Nor (bukan nama sebenar), dia complete bagi termometer untuk check anak-anak dia’.
Macam tu la selalunya, dia akan bandingkan aku dengan orang lama yang dia jaga tu. Tensionnye la. Sejak anak sakit, membawak ke masalah husband
Aku dah survey taska yang ok, 2 orang dia ambil dalam RM600. Oklah. Sebenarnya bukan pasal duit, mahal ke murah tapi sebab kesian si kecik tu ade susah sikit nak adapt. Dengan makcik ni pun mula-mula menangis tapi sekarang dah mesra dan manja.
Sebelum balik rumah Makcik Enon, salam dan siap suruh cium dia. Macam mana lah makcik tu gamak main tarik tali tak nak jaga. Aku takde la risau dia mendera ke apa sebab anak-anak elok jek. Cuma mentally tu tak tau la sebab anak dia yang umur 14 tahun tu memang benci dan tak suka kat anak aku yang sulung.
Kalau nampak je si abang, budak ni akan sound, “ape pepandang? Nak kene lempang?!” Sekarang ni ade problem lain plak dengan si abang. Buku teks sekolah asyik hilang. Selama ni, aku sekolahkan dia sejak umur 4 tahun, tak pernah hilang buku. Sekarang ni pulak makin menjadi-jadi. Sekali dua mungkinlah salah letak. Tapi kalau dah selalu, macam ada sesuatu yang tak kena je.
BACA :
Penampilan bukan main segak dan cantik, tapi tak secantik rumah mereka, macam tongkang pecah
[V] Gara-gara tunggu isteri lama sangat bergambar, anak jadi mangsa gurauan bapa mereka
Suami hanya hantar masa nak pergi umrah, tapi perkara pelik berlaku masa bergambar depan masjid