TerasMalaysia

“Kerana mulut badan binasa”, tular video pelajar maki orang buat kertas Sejarah, siap tunjuk jari lagi

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Kerana mulut badan binasa”, tular video pelajar maki orang buat kertas Sejarah, siap tunjuk jari lagi. Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 mengeluarkan kata-kata kesat usai menjawab peperiksaan untuk mata pelajaran Sejarah Kertas 2.

Carut pembuat kertas soalan Sejarah Kertas 2

Malah, dia turut memberikan isyarat lucah selain mengatakan tiada kepentingan untuk seorang pelajar mengetahui hal-hal di Singapura seperti mana yang disoal dalam peperiksaan Sejarah itu.

“Kepada yang buat kertas SPM Sejarah ini. Apahal masuk tentang Singapura? Orang tak baca pasal Singapura.
“Kau Singapura! Kau ingat aku kisah ke dengan Singapura tu? Air pun pakai air Malaysia. Tiba-tiba nak kena baca pasal dia pulak.
Lepas itu nasionalisme la, perlembagaan la, buat penat je aku baca, tak masuk pula,” katanya dengan berani menerusi video 36 saat itu.

Minta maaf, cuma melawak dengan kawan-kawan

”Kerana mulut badan binasa”,  tular video pelajar maki orang buat kertas Sejarah, siap tunjuk jari lagi

Susulan menerima kecaman ramai, remaja terbabit tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan ia adalah kata-kata spontan yang keluar dari mulutnya.

Katanya lagi, ia adalah luahan perasaan sesama rakan selepas menjawab peperiksaan Sejarah kertas selain tidak menyangka kawannya berkongsi di media sosial tanpa berfikir terlebih dahulu.

“Tapi kawan saya ni dia tersilap langkah, dia tak fikir sebelum buat dan mengupload video dia sendiri tu ke dalam media sosial yang mengakibatkan viral, apa-apa pun, saya di sini nak memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.”

Ditahan polis

@utusantvofficial Kedua-dua remaja berusia 18 tahun itu ditahan di rumah mereka. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #spm #sejarah ♬ original sound – UtusanTV

Terbaharu, remaja berkenaan dan seorang lagi rakannya telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah yang tidak berpuas hati terhadap kertas Sejarah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, penahanan dua remaja masing-masing berusia 18 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun jam 10.53 pagi semalam.

Suffian berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki warga tempatan.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit iPhone 11 dalam serbuan itu.
“Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Dalam pada itu, Suffian menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video terbabit yang menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan.

BACA:

Kajian mendapati Malaysia salah satu negara yang kerap melayari laman web lucah, kalah Jepun!

Adik manis berbangsa india ini buat ‘sesuatu’ bikin netizen terkejut

Agensi kerajaan kantoi taja syarikat judi berbillion ringgit melalui wang rakyat

Leave a Comment