TerasMalaysia

Kerana Selalu Dipatahkan Dengan Hujah Dan Hadis, Ustazah Afifah Kecam UAI

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Kerana Selalu Dipatahkan Dengan Hujah Dan Hadis, Ustazah Afifah Kecam UAI

Pastinya anda cukup kenal dengan pasangan ustaz dan ustazah Siti Afifah ini yang mana kerap mengeluarkan kenyataan berbaur agama yang penuh kontroversi dimedia sosial.

Sebelum ini, pasangan ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan ubat tahan sakit adalah haram dalam Islam. Tidak cukup dengan itu, pasangan ini juga pernah menyatakan seseorang suami itu dayus jika membiarkan isteri diuruskan oleh doktor lelaki di hospital.

Kenyataan pasangan ini ternyata mengelirukan ramai pihak, sehinggakan ada yang berbalah berkenaan isu tersebut. Ada juga beberapa agamawan yang mengulas topik tersebut selepas ditanya oleh orang ramai, antaranya ialah Ustaz Azhar Idrus.

Sumber : Google Image

Ustaz Azhar Idrus berpendapat bagi isu isteri diuruskan doktor lelaki, tidak jatuh dayus buat para suami sebaliknya keadaan darurat untuk menyelamatkan dua nyawa iaitu ibu dan anak antara yang membenarkan perlakuan tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Azhar Idrus nyata kurang disenangi pasangan ustaz dan ustazah ini sekaligus mendakwa Ustaz Azhar Idrus sebagai tidak memahami hukum Allah serta tidak pernah merasai keperitan wanita melahirkan anak.

Bukan itu sahaja, terbaru, pasangan ini turut mendakwa Ustaz Azhar Idrus sebagai bukan ahli agamawan serta memilih untuk memfailkan saman. Pihak ustaz dan ustazah ini enggan mengulas lanjut meskipun berang terhadap Ustaz Azhar Idrus serta memilih untuk meneruskan saman serta akur dengan arahan peguam.

Sumber : Google Image

Taktik Baru ‘Scammer’ Menyamar Jadi Guru Buat Ibu Bapa Kecut Perut!

Leave a Comment